berita

Hairie Othman Tidak Menolak Sekiranya Dicalonkan Untuk Pilihanraya

July 31st, 2012 | by Ai
Kini Trending

Pelakon Hairie Othman dikatakan secara rasminya telah menyertai parti PAS akhir Jun lalu. Selain itu, pelakon ini turut dikatakan tidak menolak sekiranya dicalonkan untuk bertanding dalam pilihan raya umum yang akan datang.

Ketika dihubungi oleh pihak Malaysiakini, Hairie berkata, “Itu saya tidak menolak (kemungkinan akan dicalonkan). Tetapi buat masa ini saya masih belum memikirkan ke arah itu. Saya anggap diri saya ini sebagai aktivis parti sahaja,”

Menurut Hairie lagi, penyertaannya ke dalam PAS merupakan satu bentuk penghijrahan dari segi agama dan politik. Sejak memasuki PAS, beliau mengaku banyak yang beliau belajar mengenai agama.

Hairie turut menyatakan bahawa, sebelum ini penyertaan para pelakon dan penyanyi untuk sertai parti pembangkang merupakan sesuatu yang jarang.   Ini kerana, mereka beranggapan dengan menyertai parti pembangkang, mereka akan sukar untuk mencari rezeki menerusi media massa, memandangkan ia dilihat menyebelahi parti pemerintah.

Namun begitu, bagi Hairie sendiri beliau yakin rezekinya tetap terjamin walaupun bergiat aktif dengan PAS. Menurutnya lagi, sokongan terhadap Pakatan Rakyat di kalangan selebriti tanah air semakin meningkat sejak akhir-akhir ini.

Selain Hairie, antara selebriti lain yang turut menyertai PAS adalah penyanyi Aishah, pelawak Bob Lokman dan yang terbaru pelakon Abby Abadi.

SKIP THIS AD ×