berita

Hancur Hati Lelaki Ini Bila Anak Yang Dijaga Rupanya Hasil Hubungan Isteri Dengan Kekasih Gelap

February 10th, 2016 | by Ash Nordin
Kini Trending

4 tahun

Tujuan kami kongsi kisah ini adalah untuk memberi teladan untuk pasangan yang dah berkahwin terutamanya. Kasihan lelaki yang bergelar suami ni apabila isteri yang disayanginya menjalani hubungan sulit dengan lelaki lain.

Paling menyedihkan sekali, bila anak yang dijaga dengan penuh kasih sayang selama ni rupanya bukan dari darah daging sendiri. Sedih, geram, marah menyelubungi hati kami bila baca tentang kisah ni..

Isteri sembunyi selama 4 tahun..

Betapa luluhnya hati Amirul (bukan nama sebenar) bila dapat mengetahui anak bongsu yang dijaga selama ni rupanya bukan dari darah daging sendiri. Lebih menyakitkan hati lagi, perkara itu disembunyikan oleh bekas isterinya sendiri selama 4 tahun hasil hubungan sulit dengan lelaki lain.

Menurut Amirul, status sebenar anak bongsunya  terbongkar apabila ujian DNA yang dilakukan menunjukkan 99.9 peratus sama dengan kekasih gelap bekas isterinya itu.

Isteri ada hubungan dengan rakan sepejabat

Segalanya bermula apda tahun 2010 apabila dia sering mendengar dari mulut orang bahawa isterinya, Rafidah (Bukan nama sebenar) (kini bekas isteri) mempunyai hubungan sulit dengan rakan sekerja berstatus suami orang. Tetapi Amirul tidak mempedulikan mengenai cakap-cakap orang itu.

Sehingga lah pada satu hari, isteri kepada kekasih gelap Rafidah datang sendiri ke rumah Amirul di Seremban dan memberitahu perkara sebenar mengenai hubungan sulit kedua-duanya.

Saya terkejut mendengar berita itu, apatah lagi isteri lelaki itu yang datang sendiri berjumpa saya.

Bagi mendapatkan penjelasan, saya bertanyakan sendiri kepada isteri. Akhirnya dia mengaku memang ada skandal dengan lelaki itu.

Cerai isteri dengan talak satu

Selepas tidak tahan dengan perkara itu, Amirul akhirnya menceraikan isterinya dengan talak satu di hadapan ibu dan mentuanya pada Julai 2010.

Saya buat begitu sebab sikapnya yang tidak pernah berubah walau pun sudah diberi peluang.

Menurut Amirul, dia ada beri peluang kepada bekas isterinya untuk ubah sikap demi masa depan anak mereka.

Selepas masing-masing bersetuju, akhirnya mereka merujuk kembali pada November 2010 dan hidup bahagia memandangkan isterinya hamil tiga bulan pada waktu itu.

Bahagia tidak lama..

Tetapi kebahagaiann mereka tidak lama kerana isterinya hanya berubah hanya seketika sahaja. Pada November 2013, Amirul sekali lagi dimaklumkan bahawa isterinya menjalikan hubungan semula dengan kekasih lamanya sejak dipindahkan ke pejabat yang sama di Rembau.

Mereka yang merupakan penjawat awam di pejabat yang sama, tidak segan silu berkongsi kemesraan melalui laman sosial bersama teman-teman lain. Bahkan bersikap berani sehingga ke bilik tidur, walau pun kedua-duanya telah berkeluarga.

Saya ambil keputusan menceraikannya buat kali kedua, sebelum mengetahui dia pernah ditangkap khalwat oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) pada Ogos tahun lalu di sebuah hotel di Jempol.

Selepas berpisah buat kali kedua, bekas isterinya bersetuju untuk beri hak penjagaan dua orang anak kepada Amirul, kecuali anak bongsu.

Tak sangka anak bongsu bukan darah daging sendiri

Menurut Amirul, dia mula rasa tidak sedap hati apabila abangnya tegur rupa paras anak bongsunya dengan adik beradik lain. Muka mereka jauh berbeza, dari segi kulit dan gaya rambut.

Selepas diteliti, ternyata paras rupa anak bongsunya mirip dengan anak keluarga lelaki kekasih gelap isterinya. Perkara ini jelas lagi bila keputusan DNA keluar dan anak bongsunya itu memang bukan hasil perkongsian Amirul dengan isterinya.

Setelah empat tahun saya menjaganya, memberi kasih sayang dan menjaga sepanjang tempoh berpantang, ini balasan diterima.

Saya tak pernah menyangka, hubungan mereka terlalu jauh sehingga melibatkan anak. Kini saya telah failkan ke mahkamah syariah bagi menentukan nasib anak itu yang selama ini ber’bin’kan nama saya.

Amirul hanay berkongsi pengalaman pahit ini untuk dijadikan pengajaran untuk pasangan yang sudah berkahwin. Setia pada yang satu.

Sumber: Sinar Harian Online

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×