berita

Hanez Suraya Cetus Kontroversi Lagi Bila Foto Baju Nampak Pusatnya Tersebar

August 15th, 2014 | by Noraniza
Isu & Kontroversi

SIDANG-MEDIA-CINTA-TANPA-SEMPADAN-1

Rasanya kisah cintanya dengan suami orang tu sudah sangat klise dan ramai yang malas nak ambil tahu dah. Mungkin anda semua pun sudah muak.

Malah, dek kerana tidak tahan dengan situasi dingin yang diterimanya, status percintaanya dengan jejaka tersebut pun kini dikatakan sudah putus di tengah jalan. Takpelah. Mana tahu mungkin ada yang lebih baik untuk Hanez kan?

Artikel Berkaitan: Saya Sudah Korbankan Hubungan Kami – Hanez Suraya Berundur Demi Kebaikan Romie & Liyana

Namun, sekeping foto Hanez sedang bercuti di Singapura yang memakai baju singkat sehingga menampakkan pusat telah sekali lagi membuatkan namanya kembali menjadi sebutan.

Screen Shot 2014-08-14 at 10.09.31 PM

Foto percutian Hanez di Singapura

Nak dijadikan cerita, menurut beberapa buah blog hiburan, foto ini didakwa telah dimuat naik oleh kawan Hanez tanpa apa-apa niat buruk pun. Yelah kan? Kalau dah bercuti mestilah kita akan tangkap gambar banyak-banyak dan upload di laman sosial.

Namun, lain pula terjadi bila foto tersebut akhirnya telah tersebar di internet. Maka, foto Hanez berbaju singkat itu serta-merta menjadi bahan kritikan orang ramai. Tapi, bila kami selinap masuk di laman Instagram Hanez, foto tersebut memang tiada langsung dimuat naik oleh pelakon seksi itu.

Ha.. wahai pembaca OHBULAN sekalian, anda rasa siapa yang patut bertanggungjawab bila kontroversi ini meletus? Adakah si penyebar foto, kawan Hanez ataupun Hanez sendiri ya?

Kredit foto: Instagram Hanez Suraya

SKIP THIS AD ×