berita

Harap Ibu Tarik Balik Kenyataan – Afiq Muiz

May 24th, 2013 | by Ai
Isu & Kontroversi

AMR_9196

Makin lama makin banyak pula kenyataan yang keluar dari ketiga-tiga belah pihak, baik dari pihak Afiq Muiz, Eina Azman mahupun pihak ibu Afiq, Hasliza Mohamad. Tapi yang peliknya, masalah tak selesai juga.

Petang semalam Afiq Muiz melalui satu sidang media yang diadakan di kediaman keluarga saudara sebelah bapanya, menyatakan kekesalannya kerana perkara ini menjadi semakin besar setiap hari.

Sekarang ni saya dah hilang semua tawaran kerja, bayaran juga saya tak dapat gara-gara isu ni. Saya mohon ibu tarik balik kenyataan dia yang pasal saya anak derhaka tu. Kemudian saya akan fikirkan semula untuk menarik balik tindakan saya.

Dalam pada itu, datuk saudara Afiq, Jalal Abidin menafikan yang cucu saudaranya itu adalah anak derhaka.

AMR_9150

Afiq bersama keluarga saudara sebelah bapa

Afiq anak yang baik, dia bukan anak derhaka. Saya kasihan lihat dia kena caci dengan masyarakat yang melabel dia anak derhaka. Saya harap kedua-dua pihak dapatlah berdamai dan akhiri masalah ini secepat mungkin.

Jalal juga berharap pihak sebelah Hasliza dapat berhenti dari mengeluarkan kenyataan yang boleh mengeruhkan lagi keadaan sama ada melalui akhbar, laman sosial atau medium yang lain.

Selain dari itu, Afiq dalam masa yang sama menunjukkan beberapa resit pembelian untuk kegunaan rumah sewanya sambil menegaskan yang dia tidak menggunakan wang sejumlah RM30,000 itu untuk kegunaan peribadi Eina.

AMR_9290

Afiq menunjukkan resit-resit pembelian

Entah bila nak habis cerita panas Afiq Muiz ni. Semoga semua pihak jumpa jalan terbaik untuk berbincang dan saling memaafi. Tak elok jika dibiarkan perkara ni berlanjutan lebih-lebih lagi bila ia melibatkan keluarga, betul tak? Kami rasa berdamai adalah jalan terbaik dalam isu ini.

Jom tengok foto-foto yang sempat diambil semalam.

SKIP THIS AD ×