berita

Harga Kain Serendah RM2.90! Jom, Shopping Di Nagoya!

April 26th, 2018 | by Afira
Shout Out!

Eh, betul ke tak lama lagi nak puasa! Aduh, lepas tuh raya pulak. Sempat lagi ke nak cari baju raya,
sarung kusyen raya, langsir raya? Pening betul la nak fikir.

Bila pergi kedai kain ni, memang rambang mata sebab banyak pilihan, tapi harga mahal! Lepas tu, bila murah, tapi tak berkualitilah pulak. Susahnya nak buat pilihan tepat. Haa..tak payah runsing-runsing, pergi je ke NAGOYA

Murah gila kot!

Kepada sesiapa yang tak cukup bajet dan memang nak jimat, NAGOYA adalah pilihan terbaik! Harga yang diberikan oleh mereka sangat berpatutan berbanding kedai kain berjenama yang lain.

Sebab tu NAGOYA ni jadi pilihan mak-mak korang semua. Tambahan lagi, yang ada adik beradik ramai tu, memang kena cut cost la. So, pergi je borong kain kat NAGOYA.  Mesti raya nanti semua meletop! Haha.

Fabrik berkualiti

Mungkin ada diantara korang ni cerewet tentang kualiti kain. Nak kain yang lembut, licin, tak gatal
dan macam-macam lagi la.

Selain tu, kualiti kain ni penting juga untuk keselesaan korang time raya nanti. Cuaca kat Malaysia kan panas, so, kain tu mesti la kena sesuai. Lagi-lagi untuk kanak-kanak. Nanti asyik meragam saja!

Jadi, pergi je ke NAGOYA sebab kain yang disediakan amat berkualiti tinggi, serta sesuai untuk pelbagai peringkat usia.

Variasi pilihan

Terdapat pelbagai pilihan menarik dan corak yang cantik untuk golongan wanita, lelaki dan kanak-kanak. Pasti time raya nanti semua mata terpukau dengan penampilan korang!

Yang lagi bestNAGOYA ni bukan sahaja sediakan kain untuk buat baju je, tapi, kain langsir, sarung kusyen dan peralatan langsir pun ada. Kalau korang nak cari accessories  seperti penyepit langsir, adjustable metal rodwooden rod, semuanya ada. Sampai rambang mata nak pilih!

Nak lagi best, pada 26 hingga 29 April ni, korang pergi je KLCC HomeDec Fair 2018 di booth 4H465. Di sana, NAGOYA akan tunjukkan beberapa rekaan eksklusif yang sesuai untuk hiasan rumah korang! Pasti raya korang lebih meriah! 

Ready made baju raya!

Yeay! Tengok ni terus hilang rasa pening fikir pasal baju raya. Yela, tak lama lagi kan nak puasa. Mesti dah tak ada lagi tailor yang nak ambil upah menjahit. Aduhh..macam mana ni..

Ha..sebagai pembekal kain yang menjadi pilihan ramai, NAGOYA sentiasa memastikan keperluan pengguna sentiasa diutamakan. Selari dengan peredaran masa yang pantas ni, memang baju ready made menjadi pilihan utama pembeli.

Oleh itu, korang tak perlu risau, sebab di NAGOYA baju ready made memang disediakan untuk semua lapisan umur dengan harga yang berpatutan serta design yang menarik!

Jom ramai-ramai serbu NAGOYA!

Most Read Today