berita

Hebat Sangatkah Filem Polis Evo Tu? Baca 4 Ulasan Paling Jujur & Tulus Daripada Kami

September 28th, 2015 | by Noraniza | 31 comments
3.1K
reads
-3
shares
Filem Tempatan

Screen Shot 2015-09-28 at 1.03.57 PM

#mudahterhibur . Mungkin ada yang melabelkan kami dengan hastag tersebut setelah usai membaca ulasan kami mengenai filem Malaysia ataupun lebih fokus filem Melayu yang sedang hangat diperkatakan ini.

Kami tidak dibayar untuk menulis review ini kerana setiap patah perkataan yang ditulis adalah ulasan yang jujur daripada hati kami yang selama ini ‘hancur lebur’ dengan hasil filem ‘janji siap & janji ada’ orang kita. Auch. Ada yang terasa ke?

1. Watak Sam & Zizan ‘hidup’

Screen Shot 2015-09-28 at 1.03.20 PM

Apa yang kami boleh perkatakan, peranan Shaheizy Sam sebagai Inspektor Khai dan Zizan sebagai Inspecktor Hasani adalah watak paling ‘hidup’ sepanjang lakonan mereka.

Bersahaja tetap mantap. Shaheizy Sam telah menampakkan kelainan dalam wataknya yang selama ini seakan-akan disorok. Disorok oleh siapa? Ha.. pandai-pandailah fikir.

Oh ya. Watak Zizan tetap maintain kelakar-kelakar bodoh gitu. Tapi dalam masa yang sama kami nampak ketegasannya sebagai seorang Inspektor polis.

Well, elemen kelakar tu jugalah yang memberi ‘warna’ kepada jalan cerita ni sebenarnya.

Screen Shot 2015-09-28 at 1.17.52 PM

2. Lagak aksi = ‘not bad’ bro!

Screen Shot 2015-09-28 at 1.19.53 PM

Tembak-menembak, ‘racing’ dengan penjenayah, terbakar sana-sini, polis kena belasah. Okay. Rasanya kami boleh bagi dua ibu jari dengan aksi-aksi yang dihidangkan.

Well, rasanya first time tengok filem Melayu yang ada aksi hebat macamni ataupun korang pernah tengok yang lebih hebat lagi?

Screen Shot 2015-09-28 at 1.20.13 PM

3. Elemen kekeluargaan yang ‘nais’

Screen Shot 2015-09-28 at 1.25.40 PM

Dalam filem ini, Nora Danish dan Eyka Farhana memainkan watak sebagai adik perempuan kepada Zizan. Kiranya Inspektor Hasani ni abang yang penyayang juga lah walaupun gemar menyakat adik-adiknya.

Screen Shot 2015-09-28 at 1.42.37 PM

4. Tak dihidangkan dengan elemen percintaan yang ‘over’

Screen Shot 2015-09-28 at 1.30.33 PM

Kebiasaanya film Melayu ni mesti ada babak-babak percintaan yang buatkan kami meremang bulu roma. Tapi, tidak bagi ‘Polis Evo’ kerana babak main mata antar Nora Danish dengan Shaheizy Sam hanya ada dalam beberapa scene kecil sahaja. Penambah perasa je!

Berbaloikah tonton Polis Evo?

Screen Shot 2015-09-28 at 1.41.46 PM

Tapi, disebalik kutipan melebihi RM 2 juta selama 4 hari ditayangkan, ada juga yang memberi komen negatif mengatakan tajuk filem tak selari dengan kenderaan yang digunakan watak utama sebab hanya seorang sahaja yang menggunakan kereta Evo lah, jalan cerita longgar la, aksi meletup tak cukup power macam cerita Fast & Furious la dan macam-macam lagi.

Tapi, bagi kami yang selalu dapat tengok movie free semasa press screening ni, kami rasa Polis Evo membawa anjakan baru dalam hasil filem-filem Malaysia.

polis evo

Jadi, percaya atau tidak, kami rasa terbuka hati untuk membawa ahli keluarga pula menonton filem ini dengan mengeluarkan duit poket sendiri hujung minggu ni.

Well, bukan senang kami nak keluar duit untuk tonton filem buatan Malaysia ya. Bukan kedekut, tapi selalu ‘terkena’ dengan filem ‘yang hado’ buatkan kami fobia gitu…

Apapun, korang semua boleh je nak komen atau tambah apa-apa yang korang rasa terkurang dalam review kami ni. Oh, jangan ada pula yang cakap kami buat review ni sebab ada scene sebut nama OHBULAN! ya. Kami tak suka publisiti murahan gitu. Eh~

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior, Content Champions at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

31 Comments

  1. Laman Viral says:

    Bagi aku, jalan ceritanya hampir sama dengan gerak khas tapi yang buat filem nie best adalah lawak bodoh dari zizan.. tak terkecuali jugak nora danish.. ehehe

  2. jejai says:

    aku dh tgk skali last week ngan family….mggu ni nk repeat lg ngan kwn2 lak…aku suka tang ayat BangKhai tu….hahahahahaha

  3. linot says:

    cite ni macam ala-ala cite bad boys pon ado..nanti nak try tengoklah..

  4. anon says:

    bad boys meet breaking bad.

  5. lezo says:

    Kepada pengkomen2 rata2 di fb : So kalau nama EVO memang kena letak mitsubishi evo ke? Celaka punya logik .

    • encik k says:

      Komen ko memang win! Apa masalahnya kalau tak letak kereta evo. polis evo tu mungkin short term untuk polis evolusi atau evolusi polis. kan watak khai tu macam supercop kononnya. bukak la minda sikit. adess~~

    • kalau tajuk tak selari dengan cerita efek jalan cerita ke? musibat punya rakyat malaysia. kah kah. bagi aku this is cerita action malaysia yg the best la setakat ni. just babak preve terbalik tu agak tak logik and tak nampak natural. tapi overall babak tembak2 kat hospital and so on. memang gempak. even masa tengok wayang pun gua dengar orang kiri kanan bisik puji cerita ni. thumbs up!

  6. jejai says:

    aku dh tgk ngan family last week dan akan repeat lg mggu ni ngan member2 lak….paling best part panggil BangKhai tu…hahahahaha

  7. Lin saad says:

    Biasanya ending cite melayu sangat2 mengecewakan… tapi polis evo best. Tak rugi bayar tiket tuk filem ni. Good job!

    • jai says:

      aku setujuuuu..polis evo filem yang sangat berkualiti! x rugiiiiiiii tgk! rase nak tgk 10 kali pun boleh!syabas filem melayu! 1st filem melayu yang aku salute!!!

  8. Alip says:

    Bole la…tp dr segi action…x bole lawan kl gangster…meet my expectation but x de yg mengagumkan…tidak mengecewakan dan x rugi tgk :)

  9. Tp says:

    Mantap & lucu, hope ada Polis Evo 2 lagi

  10. Tp says:

    Mantap & lucu. Hope ada lagi Polis Evo 2 ……

  11. Joemiz says:

    Inilah filem melayu pertama kali yang membuatkan diriku tergerak hati untuk membeli tiket wayang untuk ditonton di pawagam. X rugi dowhhh. Terbaik

  12. orellex says:

    Sangat setuju dengan review ni…
    Mengalir air mata kegembiraan sebaik sahaja tamat tonton filem ni…sambil hati berkata…”akhirnya dapat gak tonton movie anak tempatan sebest ni”

  13. Xsukafilemmayu says:

    Kalo x krn ank2 buah aku pksa aku tgk wyg semlm, xmau nyer aku mmbazir duit p beli tiket…tp slps menonton, bg aku la, ini adalah filem melayu ke2 terbaik selepas filem Embun (Embun mmg best giler) wpon masih ada kekurangan dlm Polis Evo ni. Lakonan2 yg mantap termasuk watak antagonis yg mmg superb jahat..paling suka & paling best masa tmbak2 kat spital, matsaleh sgt…suka sgt bdk jahat tu yg mmg jahat..ntah pe nama ntah bdk tu..tabik kat bdk tu..mmg terbaik action dia.. Lawak zizan & Sam buat aku meneleh airmata..hahaha.. So, xrugi aku beli tiket semlm & siap promote kat mmber suh p tgk..
    P/s: aku mmg xminat filem melayu sebelum ni..maaf…

    • LinSulong says:

      Nama ‘Budak’ tu Jemang.. nama btul ‘Yuzz’.
      Dia cakap tima kasih sb ingat watak dia.. :)

      • Xsukafilemmayu says:

        Thanks sbb igtkn aku watak dia Jemang.. Ko kwn Yuzz ke? Ko kim slm kat dia ek.. Aku mmg minat tgk dia beraksi wpon dialog xbyk tp mmg terbek bro.. Aku org ganu n harap2 dia pon org ganu jgk..hehehe
        Aku doakn agar ada pengarah yg akan buka mata tgk lakonan dia tu n amek dia tuk filem2 lain plak.. gud luck to him..

  14. bangkai says:

    dap ngat nora sanish cakak ganu

  15. Kui says:

    Selalu tertipu dgn review cakao cerita melayu itu ini best, tak rugi beli tiket, bla bla bla. Bila tengok sendiri, cerita macam sampah. Not supporting something not worth my money. Hak pengguna. Nak orang support, cerita biar berkualiti. Sorrylah setakat ni kalau dalam malaysia, aku rasa cerita the journey made by chinese paling win. Movie macam tulah yang perlu dipertontonkan pada umum. Lagi2 pada masyarakat malaysia yang dah tenat ni. Sikit2 bunuh, pukul, tembak, gaduh sana sini. Dahlah realitinya tenat, lagi nak tambah dengan movie pulak duhh

  16. ifti says:

    mula2 dgr member ckp polis evo best mcm tak prcaya je & buat tak layan. slalu tgk wayang jarang skali nk tgk citer melayu sblum ni sbb tak berbaloi duit pegi tgk citer melayu yg entah pape. tp lepas mencuba tgk polis evo ni mmg boleh ckp terbaik 10bintang. ni pendapat sy yg dh tgk sndiri. penuh satu panggung & terhibur havoc dgn gelak penonton satu panggung trmasuk diri sndiri. ini yg kita mahukan. MIG filem contohi lah buat2 filem ade akal mcm ni. bukan komedi seram bodoh atau cinta or rempit2 yg entah pape jek. skian

  17. emre hasegawa says:

    Bg aku boleh tahan n mghiburkn….
    Perwatakn ok…xover n terkawal….
    Xdewla lawak bodoh n tjerit2…
    Cume aku hairan 1 jew….
    Kenapa camera asyik shoot zizan n sam takat separoh badan jew….adakah mereke tlalu katik utk jd polis….hahahhaa…..

  18. ohbintang says:

    Dah tgk kat palm mall,seremban last week.. bagi rate 3/5.. aku rasa name cite tu polis evo sbb pakai kete lancer evo.. not bad la jalan cerita. Tp mati2 aku ingat dorg settle 2 3 kes dlm satu movie. Tp dari mula sampai habis..,dok kejar shabu naga. Hemm.ok la,xkecewakan sgt

  19. kemah says:

    sesuatu yang boleh dibanggakan, dah lama tak tengok movie melayu yang macam ni.harap akan ada sambungan part 2 pulak.

  20. mojo says:

    Tajuk filem tak selari dengan kenderaan yang digunakan watak utama sebab hanya seorang sahaja yang menggunakan kereta Evo. Ini kisah kereta evo ke?evo dgn kereta tak boleh pisah ke?xminat cerita melayu datuk datin,dan hero asyik cium bau kangkang.

  21. A.A says:

    Bagi saya, Polis Evo terbaik. Memang berbaloi utk ditonton. Selain gandingan mantap Sam & Zizan, aksi yang mmg hebat, paling seronok sebab point yang ke-4 tu, tiada elemen percintaan yg over. Bagus mcm tu.

    Tahniah team Polis Evo. Keep up the good work! :)

  22. jenab says:

    terima kasih bagi review yang ikhlas. paling best, review ni tahu apa concern rakyat malaysia when it comes to watching our own films. aku jujur memang trauma dengan filem melayu. duit memang terasa mengalir bila tengok cerita melayu lately. rasa nilai kita sebagai penonton ni tak ada bila asyik2 dihidangkan cerita taraf lagi hina dari sinetron bodoh. bila ada review ikhlas ni, takdelah rasa macam menyumbang duit membabi buta lagi

  23. DN says:

    xde ke heroin lain selain si dahi cedak NORA DANISH tu.. berlakon pun kelaut..harap IG je ari2 tonjol muka dia kesana sini dgn anak menteri smpi berjuta HIT followers..sudahnye x bahagia pung.. kan dh MALU.. lepas ni masuk kelas berlakon la asah bakat btul2 tunjuk yg awak berdiri atas bakat sndiri..bukan berdiri atas kaki anak mnteri. jual la mahal sikit, jgn ler nmpak murah sngt diri tu blom de ikatan apa2 dh g holiday sna sini bgai..ok lah tk care ye nora..ikhlas dr sya..klu sya jd kwan baik awak mcm BETTY tu..bnda ni yg sya ckp dlu..bru la kwan sejati..bukan kwan msa sopping or holiday je.PITY YOU

  24. Mat Yam says:

    Jangan lupa watak Mat Yam hihihi.. menjadik betul.. terus i folo IG Mat Yam :)