berita

Hentikan Seksyen 114A Akta Keterangan Pindaan 2012 #Stop114A

August 14th, 2012 | by M | 9 comments
22
reads
Kini Trending

Luangkan sedikit masa untuk memahami infografi mengenai sebuah undang-undang baru iaitu Seksyen 114A Akta keterangan Pindaan 2012, di mana ia secara langsung memberikan kesan kepada pengguna internet, khususnya penduduk Malaysia. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai isu yang hangat diperkatakan ini, halakan kursor anda ke Stop 114A.

Laman teknologi, Amanz turut menyediakan laporan lengkap yang lebih mudah difahami mengenai akta terbaru ini.

Sekiranya anda masih kurang faham, keterangan secara komikal dibentangkan selepas ini.

Video selepas ini.

The following two tabs change content below.

M

Founder OHBULAN! yang kini bergiat secara serius dalam industri media & pengiklanan. Beliau membantu para klien mencapai pelanggan yang berpotensi melalui kempen pengiklanan secara menyeluruh dan berkesan.

9 Comments

  1. kill virus says:

    i think kan, kempen ni hanya bertujuan utk mislead org ramai jer kepada seks 114A ni..setiap kesalahan undang2 pasti ada penyiasatan dulu….hatta hukum hudud potong tangan sekali pon, yg dituduh masih memerlukan pembelaan dan penyiasatan sama ada dibuktikan BERSALAH ATAU TIDAK..Apatah lg UNDANG2 SEKSYEN 114A.. proses prosedur undang2 dan penyiasatan masih tetap dilakukan oleh pihak berkuasa..bukanya Terus dianggap Bersalah..I think pihak ni PARANOID lebih la!!

    lg pon undang2 kawalan internet ni dilaksanakan pada hampir kebykkan negara di dunia hatta USA sekaipon..

    saya juga tertanya2 juga, kalau pihak ni tak bersetuju dgn undang2 ni, bagaimana undang2 ni boleh LULUS, sedangkan utk meluluskan UNDang2 MEMERLUKAN 2/3 PERSETUJUAN AHLI PARLIMEN!! saya rasa TIADA SATU PARTI PON YG DPT 2/3 Majority dlm DEWAN RAKYAT tu!!

    • Audrey Hepburn says:

      saya suka hujah anda. baru la nampak logik dan terbuka.

      bukannya orang lain yg main buta tuli je sokong tanpa berfikir dengan terperinci dahulu.

      pada saya, ini semua nak buat havoc dekat2 pilihanraya ni. sengaja nak bangkitkan isu nak porak-perandakan lagi masyarakat.

      lagi malang, memang ramai yang terus menyokong tanpa berfikir panjang. orang putar belit sikit terus sokong.

      poor some malaysians…never want to open their minds.

    • Mizz Nina says:

      Ye lah, memang ada penyiasatan dulu. Tapi penyiasatan mana yang diadili sejujurnya bila ada sesuatu yang meragukan berlaku? Ada bukti pun, bukti boleh dimansuhkan. Jadi fikirlah sebetul-betulnya. Bukan untuk mempolitikan isu tapi sekiranya berlaku pada diri anda… apa perasaan anda? Jangan jadi seorang yang pentingkan diri sendiri. Ini untuk kebaikan semua.

    • Wan says:

      BN Cybertrooper detected ~~~~ LoL

    • sinichi says:

      1. Apakah itu Seksyen 114 A?

      Seksyen 114 A, “Andaian Fakta dalam Penerbitan”, merupakan pindaan terbaru terhadap Akta Keterangan 1950. Pindaan tersebut yang diluluskan Dewan Rakyat tanpa didebatkan terlebih dahulu pada 18 April 2012 dan melalui Dewan Negara pada 9 Mei 2012. Pindaan ini telah diwartakan dan mula berkuatkuasa mulai 31 Julai 2012.

      Seksyen 114 A, yang boleh diguna pakai dalam kes jenayah dan juga sivil, mengandaikan bahawa pemilik, pengendali, hos, editor, pelanggan sesebuah rangkaian atau laman web, atau pemilik komputer atau peralatan mudah alih dianggap bertanggungjawab menyiarkan atau mengulangsiarkan isi kandungan yang terdapat pada rangkaian, laman web atau peralatan terbabit.

  2. Bro Zulkbo says:

    salam..
    sokong..
    BANTAH!

  3. facebook_firdausrosli says:

    Saudara/i kill virus, mesti dah terlupa Sejarah Form 5 ni. Ada pindaan perlembagaan yang memerlukan persetujuan 1/2 parlimen, ada juga yang memerlukan persetujuan 2/3 parlimen.

    Pindaan Seksyen 114A dilakukan pada satu hari, di mana Dewan Rakyat bersidang sampai jam 3 pagi untuk meluluskan semua cadangan pindaan undang-undang. Nampaknya kerajaan memang berniat untuk meluluskan Seksyen 114A tanpa sebarang perbahasan. Strategi busuk hati tu.