berita

Hidup Bagaikan Roda, Dipulau Rakan Bertudung Labuh & Hafal Al-Quran.. 2 Tahun Kemudian Ini Yang Berlaku

February 10th, 2018 | by Arini Saleh
Kini Trending

Dalam dunia ini tiada manusia yang dilahirkan sempurna. Cara didikan dan acuan yang diberikan ibu bapalah yang membentuk peribadi anak-anak. Ada yang dihantar ke sekolah agama semata-mata mahu mendidik anak menjadi seorang muslim sejati. Ada juga yang belajar melalui rakan-rakan.

Janganlah pula menghukum dari luaran sahaja, jahat hari ini tidak semestinya jahat selamanya. Perkongsian gadis ini di twitter mengenai pengalamannya putus kawan dengan rakan bertudung labuh wajar dijadikan pengajaran.

Putus kawan sebab aku tak tutup aurat macam dia

Di twitter gadis ini luah pengalaman pernah putus kawan-kawan gara-gara tidak menutup aurat dengan sempurna. Namun, hidup ini umpama roda, rakannya yang dulu bertudung labuh dan hafal 30 juzuk al-Quran kini jadi ‘minat rempit’. Betullah kata orang, kadang-kadang kita di atas dan kadang kala pula kita di bawah.

Perkongsian gadis ini mendapat 13k retweet dan 8k likes.

Ada yang alami perkara sama

Ada juga kecam kerana buka aib rakan

Namun, di ruangan balas ada juga yang memberi teguran tidak perlulah membuka aib rakan. Sebaiknya cuba nasihat dan bawa kembali rakan itu ke jalan yang benar. Ini kerana perkara sebegini hanya membuatkan orang yang membaca perfikiran negatif. Apa pendapat korang?

Sumber : Twitter 

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×