Kanser payudara telah dianggap sebagai musuh nombor satu buat golongan wanita di seluruh dunia. Lebih membimbangkan, penyakit kritikal ni kini mula dikesan dalam kalangan wanita di bawah usia 40 tahun.
Mana-mana wanita pun akan berasa sukar menerima hakikat apabila disahkan menghidap kanser payudara. Tapi para pejuang kanser tak pernah patah semangat dalam melawan penyakit ni. Seperti yang dikongsikan oleh salah seorang pejuang kanser payudara di Malaysia ni…
Dapat tahu menghidap kanser payudara ketika usia 30 tahun
Berasal dari Terengganu, Wan Musfirah Aimi Binti Wan Supian, atau lebih mesra dipanggil Aimi, adalah seorang wanita bekerjaya yang sedang berjuang melawan kanser payudara. Kini, penyakit itu telah berada di tahap 4.
Pada permulaannya, Aimi rasa tak selesa kerana ada benjolan di bahagian kelenjar ketiak lengan kirinya. Sebab tak selesa, dia nekad untuk buat pemeriksaan di Hospital Gleneagles pada awal Januari 2015.
Selepas menjalani pelbagai ujian (ultrasound, mamogram dan biopsi), akhirnya pada 24 Januari 2015, doktor mengesahkan Aimi menghidap penyakit kanser payudara tahap 2. Walaupun terkejut, dia terima diagnosisnya dengan tenang.
Keluarga tiada sejarah penyakit kanser
Pada masa tu, Aimi susah jugak nak percaya dengan diagnosis kali pertama. Dia mengamalkan gaya hidup sihat dan tak ada sebarang tanda atau sakit di bahagian payudara.
Dia jugak tak ada sejarah ahli keluarga yang menghidap penyakit kanser. Ini bermaksud, Aimi adalah ahli pertama yang mengidap kanser dalam keluarga besarnya. Sehingga kini, tiada ahli keluarga lain yang menghidap penyakit sama sepertinya.
Dan paling sebak apabila di musim pandemik ni, keluarganya yang tinggal berjauhan terus memberi semangat dan tak pernah henti mendoakannya dari jauh. Sebab ni la, dia nak kekal hidup dan sihat bersama suami dan 3 orang anak kesayangannya.
Memilih rawatan terbaik & mengamalkan gaya hidup sihat
Untuk rawatan pertama, Aimi telah dinasihatkan oleh doktor untuk mengambil cuti sakit berpanjangan (prolonged illness leave) selama dua tahun bagi memastikan semua rawatan dapat dijalankan tanpa sebarang gangguan. Pada masa yang sama, dia dapat berehat dan pulih sebaiknya sebelum bekerja semula.
Lepas selesai pembedahan membuang payudara kiri (mastektomi), doktor mendapati kanser payudara yang dihidapinya telah merebak ke paru-paru. Doktor terus mencadangkan untuk mulakan rawatan kimoterapi dan seterusnya rawatan radioterapi. Cadangan rawatan dipersetujui oleh Aimi.
Sepanjang tempoh rawatan, Aimi bertekad untuk hidup sebaiknya dengan mengamalkan gaya hidup dan cara pemakanan yang lebih sihat. Dia jugak rajin lakukan aktiviti sihat seperti berjoging, berenang dan berbasikal bersama keluarga.
Insurans membantu meringankan beban dalam perjuangan
Selain sokongan dan kasih sayang keluarga, Aimi sangat bersyukur kerana syarikatnya membantu memastikan semua perbelanjaan perubatan dan rawatan dibiayai menggunakan manfaat pekerjanya. Oleh sebab tu, dia tak perlu risau tentang beban kewangan.
Sepanjang tempoh perjuangan melawan kanser payudara, dia tak menghadapi masalah had tuntutan atau bil tertunggak. Bayaran hospital dan ubat-ubatan ditanggung sepenuhnya oleh pihak insurans. Jadi, dia dapat menjalani rawatan dengan hati yang tenang.
Aimi mengakui betapa pentingnya untuk memiliki perlindungan insurans sebelum perkara yang tak diingini berlaku. Hakikatnya, bukan semua bernasib baik mempunyai manfaat pekerja komprehensif dan menyeluruh yang mampu menanggung semua perbelanjaan perubatan yang meningkat dari tahun ke tahun.
Semua wanita kena buat pemeriksaan, pengesanan awal tu penting
Saya ingin menyeru para wanita yang masih belum buat pemeriksaan… Sila lah pergi ke hospital/klinik berdekatan untuk menjalani saringan kesihatan setiap tahun. Dan kepada kaum lelaki, sila bawa ahli keluarga wanita di rumah anda untuk membuat pemeriksaan lanjut di hospital. Kerana saya percaya bahawa pengesanan awal dapat menyelamatkan nyawa.
-Aimi, Pejuang Kanser Payudara Malaysia-
Kesimpulannya, mencegah adalah lebih baik daripada merawat. Seperti yang dikongsikan oleh Aimi, pengesanan awal dapat menyelamatkan nyawa seseorang. Jangan lupa untuk buat pemeriksaan di hospital berdekatan korang okay?
Pihak OHBULAN! mendoakan semoga Aimi sentiasa sihat dan tabah untuk menjalani semua rawatan yang disediakan. Sempena Bulan Pejuang Kanser (Cancer Survivors Month), kami berharap para pejuang kanser di luar sana tak patah semangat untuk hidup sebaiknya seperti Aimi.
Korang boleh ikuti kisah perjuangan Aimi dari semasa ke semasa melalui Facebook Aimi Yusoff atau Instagram @prayforaimi.
Kalau korang tengah buat pertimbangan untuk dapatkan perlindungan insurans, korang boleh ketahui lebih lanjut tentang Penyelesaian Kesihatan Menyeluruh (Total Health Solution) AIA yang memberi perlindungan komprehensif kepada rakyat Malaysia dari peringkat pencegahan dan perlindungan, hingga rawatan dan pemulihan.
Ia merangkumi tiga tunggak utama iaitu:
- Hidup Sebaiknya (Live Well) dengan program kesihatan unik AIA Vitality
- Lindungi Sebaiknya (Protect Well) dengan pelan perlindungan insurans/takaful AIA
- Pulih Sebaiknya (Get Well) dengan nasihat dan sokongan yang khusus dari peringkat diagnosis hingga pemulihan menerusi Perkhidmatan Pengurusan Kes Perubatan Peribadi AIA
AIA komited untuk bersama korang dalam setiap langkah perjalanan kesihatan dan kesejahteraan korang agar korang boleh jalani kehidupan yang lebih sihat, berpanjangan dan bermakna. Kalau berminat, boleh klik sini.