berita

Hijabster : Ikatan Gaya Tudung Di Hari Lebaran Memikat Suami

August 13th, 2012 | by Ai
Kini Trending

Sekiranya minggu lalu Sunsilk menampilkan gaya hijab untuk menghadiri majlis makan malam, untuk minggu ini pula Sunsilk telah menampilkan gaya hijab khusus untuk diparagakan di Hari Lebaran. Ia bersesuian dengan sambutan perayaan yang bakal menjelang tidak lama lagi.

Kali ini gaya yang ditampilkan oleh pihak Sunsilk amat ringkas dan sopan. Ia sesuai untuk mereka yang ingin kelihatan anggun dan menawan di pagi lebaran. Kekuatan gaya hijab yang ditampilkan pada kali ini lebih fokus kepada elemant manik yang terletak di bahagian atas kepala si pemakai.

Padanan manik yang terdapat di bahagian atas hijab dikatakan mampu menonjolkan lagi keayuan dan pesona si pemakai. Oleh itu, bagi individu yang ingin kelihatan cantik dan menawan sewaktu menyambut lebaran, anda boleh aplikasikan gaya ini. Selamat mencuba!

Tips Penjagaan Rambut Sunsilk

Dalam cuaca tropika, fabrik yang semula jadi seperti kapas adalah lebih sesuai – agar kulit kepala dapat ‘bernafas’.

SKIP THIS AD ×