berita

Hijabster : Tips Memilih Hijab Berwajah Bulat

July 23rd, 2012 | by Ai
Kini Trending

Setiap wanita pasti mengidamkan penampilan yang cantik dan anggun setiap masa. Oleh itu, pemilihan busana dan hijab yang sesuai mampu menyerlahkan lagi keayuan dan kesopanan sebenar wanita. Dengan ini, pihak OHBULAN! ingin berkongsi beberapa tips yang boleh diaplikasikan sewaktu ingin memilih hijab bagi individu yang memiliki wajah berbentuk bulat.

Lazimnya, individu yang memiliki wajah berbentuk bulat disarankan agar menggunakan cekak rambut terlebih dahulu sebelum menyarungkan anak tudung. Selain itu, anak tudung yang dipilih haruslah diperbuat daripada material yang lebih anjal supaya mudah dibentuk dan hijab pula hendaklah diperbuat daripada fabrik yang nipis agar bentuk kepala tidak kelihatan terlalu besar apabila digayakan.

Selain itu, bagi individu yang memiliki wajah berbentuk bulat, anda digalakkan agar memakai hijab style longgar bagi menutup sedikit di bahagian sisi supaya muka tidak kelihatan terlalu lebar.

Antara jenis-jenis hijab yang sesuai untuk individu berwajah bulat adalah hijab jenis bawal dan berawning, di mana untuk yang berawning digalakkan agar memilih awning yang mencapai ke rahang dan bukannya di atas pipi. Ini adalah bagi membentuk ilusi bujur pada wajah anda. Namun begitu, elakkan memilih hijab jenis syria yang melekap pada wajah, kerana ia akan menyerlahkan lagi kelebaran wajah anda yang sememang bulat.

Oleh itu, pilih hijab yang sesuai dengan bentuk wajah anda agar penampilan kelihatan lebih menarik dan anggun sepanjang hari. Selamat berfesyen!

Tips Penjagaan Rambut Sunsilk :

Rambut putus berlaku apabila anda menyikat rambut yang kusut. Jadi apabila tiada kusut, tiadalah yang putus.

Sumber : Petua Melayu

SKIP THIS AD ×