berita

Hong Kong Disneyland Theme Park, Kota Keriangan Bertaraf Dunia

May 7th, 2012 | by M
Travelogue

Perkarangan Hong Kong Disneyland Theme Park mula dibanjiri oleh ribuan pengunjung yang menanti seawal jam 8 pagi bagi merasai sendiri dunia yang penuh dengan keseronokan dan magis di kepulauan Lantau itu.

Krew OHBULAN! yang sudah bersiap sedia di hotel Disney’s Hollywood Hotel menanti dengan penuh sabar akan bas shuttle yang bergerak setiap 15 minit bagi menghalakan diri ke Hong Kong Disneyland Hotel untuk menikmati sarapan pagi di restoran ‘Enchanted Garden’.

Ketibaan kami disana disambut oleh barisan maskot karikatur Disney yang amat dikenali ramai seperti Mickey Mouse, Goofy dan Donald Duck. Dekorasi restoran yang direka seakan-akan taman fantasi membuatkan kami kagum dengan ketelitian bertaraf dunia ini.

Pengaruh watak dan karakter Disney cukup luar biasa. Kanak-kanak membanjiri ruangan restoran ini dengan berpakaian persis Cinderella, Minnie Mouse dan Aladdin bagi memasuki alam fantasi mereka.

Berkata seorang pekerja Disney yang fasih berbahasa Inggeris kepada kami, “Karakter Disney mewarnai pagi kanak-kanak serta orang ramai bagi mewujudkan mood gembira sebelum mereka bergerak ke taman tema Disney yang terletak sekitar 5 minit perjalanan. Malah, kek pastri serta waffle turut direka menyerupai telinga Mickey agar pengunjung restoran berasa seronok dan teruja untuk meneruskan hari mereka.”

Sejurus sarapan, krew OHBULAN! berjalan-jalan di ruangan taman bagi menikmati sendiri kesejukan angin laut Cina Selatan sebelum bergerak ke Hong Kong Disneyland Theme Park.

Mickey Maze

Kanak-kanak bermain di Mickey Maze!

Bayangkan majlis resepsi anda diadakan di sini, indah kan?

Krew kami yang terlebih riang daripada kanak-kanak riang.

Sekitar pukul 10, kami bergegas menaiki bas shuttle ke Hong Kong Disneyland Theme Park bersama pengunjung-pengunjung yang lain.

Ketelitian landskap yang diselenggara oleh pihak Disneyland amat mengagumkan kami. Setiap pokok, lampu, malah tong sampah disusun atur bagi menyerupai tema taman tersebut.

Ketibaan kami disambut dengan pancuran air setinggi 5 meter dengan landskap bunga serta dedaunan hijau. Sekaligus menyemarakkan lagi mood kami untuk mencintai alam sekitar!

Penjual barangan cenderahati Disney boleh dikatakan banyak bertebaran di atas taman tema ini. Anda wajib untuk membawa balik barangan cenderahati kerana setiap rekaan adalah unik. Peringatan juga, barangan cetak rompak Disney tidak dapat diperoleh di seluruh kepulaun Hong Kong. Mereka akan menjaga hak cipta Disney. Jadi, bawa lah duit banyak-banyak ye!

Istimewanya, pihak Disney turut menyediakan makanan halal khas buat pengunjung Islam terutamanya daripada Asia Tenggara sejak 15 Mac yang lalu. Lokasi makanan halal ini terletak di Adventure Land, iaitu restoran Tahitian Terrace.

Antara makanan halal yang dihidangkan adalah Kari Ikan Penang, Korma Ayam Malaysia, Stik Ayam Bersalut Lemon, Mee Laksa Singapura dan Satay Ayam. Makanan halal ini telah disahkan sendiri oleh ‘The Incorporated Trustees of The Islamic Community Fund of Hong Kong”.

Ini sekaligus menunjukkan pihak Disney amat mengambil berat akan sensitiviti pengunjung beragama Islam di taman tema tersebut. Berseronok tanpa rasa was-was!

Di kesempatan ini juga, krew OHBULAN! merasai sendiri pertunjukkan The Lion King yang terletak di lokasi tersebut. Pertunjukan yang berlangsung setiap 2 jam sekali ini dapat memuatkan 2000 penonton dalam satu-satu masa.

Sorakan penonton amat dirasasi apabila persembahan hebat ini dihiasi dengan nyanyian lagu-lagu tema daripada filem The Lion King. Kami bagaikan berada dalam suasana déjà vu!

Kesempatan ini juga kami ambil untuk merakamkan foto kenangan di Adventure Land. Saksikannya selepas ini.

Tidak puas, kami melangkahkan kaki ke Tomorrow Land kerana ada banyak permainan yang super mencabar di lokasi tersebut. Antaranya ialah Stitch Encounters, Buzzlightyear Astro Blasters & Space Mountain.

Kami mencuba permainan Space Mountain, jujur cakap memang ketar lutut! Ia merupakan permainan roller coaster yang berada di dalam bangunan gelap. Kami seakan di dalam kapal angkasa lepas yang cuba mengelak daripada terlanggar meteor. Serius menyeronokan!

Foto – foto di Tomorrow Land selepas ini.

Kami menjejakkan kaki ke Fantasy Land bagi merasai pengalaman menonton wayang dalam versi 4D. Selain imej & bunyi, filem Disney yang dipertontonkan boleh mengeluarkan bau kek dan sebagainya. Pengalaman itu hanya boleh didapati di Mickey’s Philhar Magic.

 Pintu masuk ke tayangan filem 4D!

Setiap penonton diberikan spek 3D.

Keseronokan kepada kanak-kanak tidak dilupakan dengan permainan di lokasi ‘The Many Adventures of Winnie The Pooh’. Pengunjung akan dibawa merentasi cerita-cerita mitos Winnie The Pooh dalam kereta berbentuk bekas madu selama 15 minit. Jom kita lihat apa yang menarik di dalam sana…

Penuh dengan ilusi zaman kanak-kanak, terbaik!

Hari kedua krew OHBULAN! diakhiri dengan santapan makanan daripada restoran mewah Walt’s Café yang terletak di Hong Kong Disneyland Hotel.

Kehadiran kami disambut dengan penuh mesra oleh staf Walt’s Café sudah bersiap sedia menanti kehadiran kami.

Restoran ini mengandungi paparan sejarah penerbitan syarikat Disney melalui foto-foto di dinding.

Kemudian, kami dihidangkan dengan makan malam hasil masakan chef bertaraf profesional di restoran tersebut.

Sekitar pukul 10 malam, kami pulang ke hotel bagi merehatkan diri. Lihatlah sendiri barangan cenderahati yang kami bawa pulang ke Malaysia.

Kami tinggalkan 1000 kenangan di taman tema Disneyland kepada anda pula!

Lokasi terakhir sebelum berangkat pulang : Hong Kong Disneyland MTR Station

The following two tabs change content below.

M

Founder OHBULAN! yang kini bergiat secara serius dalam industri media & pengiklanan. Beliau membantu para klien mencapai pelanggan yang berpotensi melalui kempen pengiklanan secara menyeluruh dan berkesan.

SKIP THIS AD ×