berita

Hos & Tetamu Beri Kerjasama Baik, Pihak Produksi Nafi Tukar Rancangan Saat Akhir?

December 14th, 2017 | by Shafika
Kini Trending

Baru-baru ini kecoh di media sosial apabila Fattah Amin tidak dapat menjadi tetamu untuk rancangan Meletop. Pelbagai dakwaan dan spekulasi yang dibuat oleh pelbagai pihak. Walau bagaimanapun, pihak Fattah masih tidak memberikan apa apa kenyataan.

Artikel Berkaitan : ‘Sedar Fattah Tiada Selepas Naik Ke Pentas’ – Fahrin Ahmad Dedah Plan Asal Ditukar Saat Akhir?

Isu itu mendapat pelbagai respon netizen yang rata-ratanya beranggapan Fattah Amin tidak hadir kerana Neelofa? Menerusi facebook Meletop, mereka meminta maaf kepada penonton dan menjelaskan perkara sebenar. Mereka juga berharap agar penonton terus menyokong program ini.

Susunan rancangan dipersetujui oleh pihak produksi

MeleTOP merupakan rancangan hiburan yang bersiaran secara langsung (“live”) pada setiap minggu. Dalam mana-mana rancangan “live”, perkara yang tidak dirancang sering kali timbul di saat-saat akhir, dan hal sebegini berada di luar kawalan pihak produksi. Andainya perkara yang tak dirancang berlaku, pasukan produksi terpaksa bertindak mengikut keadaan dan kewajaran.

Sepanjang program ini bersiaran, pasangan hos iaitu Nabil dan Neelofa, mengendalikan program berdasarkan barisan tetamu dan susunan rancangan yang telahpun ditetapkan oleh pihak produksi. Sebelum siaran semalam, susunan rancangan telah dikongsikan dan dipersetujui oleh hos serta artis jemputan. Sepengetahuan kami, semua yang terlibat cuba memberikan kerjasama sepenuhnya bagi menjayakan rancangan ini.

Fattah Amin terpaksa bergegas pulang

Namun begitu, sebelum rancangan bermula, Fattah Amin terpaksa bergegas pulang dari set MeleTOP dan tidak dapat hadir di siaran langsung atas urusan yang tidak dijangka. Memandangkan situasi itu, pihak produksi menyusun kembali rancangan mengikut kesesuaian, dan ianya perlu dilaksanakan pada kadar segera.

Dalam situasi itu, kami berpendapat Nabil dan Neelofa selaku hos MeleTOP, serta tetamu-tetamu yang lain, telah memberikan kerjasama yang baik untuk mengendalikan situasi luar jangkaan itu secara profesional sepanjang berlangsungnya program malam tadi.

Sebarang kekeliruan atau kekecewaan yang timbul di kalangan penonton adalah tidak dirancang dan amat kami kesali. Terima kasih kepada penonton atas sokongan padu dan keperihatinan penonton terhadap program ini selama ini. Kami di Meletop amat menghargainya.

Sumber : Meletop

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×