Pernah dinobatkan sebagai Pelakon Lelaki Terbaik di Anugerah Skrin 14 dan Festival Filem Malaysia ke 23, pelakon Bront Palarae diakui mempunyai aura serta bakat lakonan yang sangat baik. Antara filem lakonannya yang menjadi kegemaran ramai ialah Belukar, Terbaik Dari Langit, Ola Bola dan banyak lagi.
Bront juga telah melebarkan sayapnya sehingga ke layar Indonesia apabila menjadi salah seorang tunjang utama filem Pengabdi Setan. Di twitter, nama Bront menjadi sebutan gadis-gadis di Indonesia kerana memiliki rupa paras yang kacak dan tubuh yang sasa.
Membawa watak ‘Bapak’ dalam Pengabdi Setan
Menurut laporan portal CNN Indonesia, penulis skrip filem ini pada awalnya meminta bantuan Bront untuk mencari seorang pelakon yang boleh membawa watak seperti yang diinginkannya. Oleh kerana masih gagal mencari yang sesuai, Bront ditawarkan melakonkan watak tersebut.
Ternyata, Bront berjaya membuktikan kebolehannya sehingga menjadi kegilaan gadis Indonesia.
‘Hot daddy, ganteng’
Wah, syabas kami ucapkan kepada Bront Palarae diatas kejayaannya untuk filem ini. Memang Bront diakui sangat versatile dan mampu membawakan watak dengan baik. Semoga terus sukses Bront!
sumber : twitter