berita

‘I Love You Diana’- Mahkamah Membenarkan Datuk Farid Kamil Diikat Jamin

January 16th, 2018 | by Ash Nordin
Isu & Kontroversi

Semalam Datuk Farid Kamil telah hadir ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya untuk mengetahui keputusan susulan dari kes menampar seorang anggota palis dan menendang orang awam. Farid telah disambung reman satu hari. Farid juga nampak tenang apabila pertama kali ditemui oleh pihak media.

Hari ini mahkamah akan memutuskan sama ada Farid akan disambung reman atau bebas atas ikat jamin polis.

Isteri turut hadir

Adik beradik Farid Kamil, Fadzil, Dr. Anis Anwar serta Diana Danielle hadir untuk beri sokongan untuk suaminya. Rakan-rakan artis juga turut kelihatan di perkarangan mahkamah.

Update terbaru, mahkamah membenarkan Datuk Farid Kamil diikat jamin RM12,000 atau RM3,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin. Manakala tarikh sebutan semula kes pada 5 Mac ini.

Dalam pada itu, Farid tidak mengaku tidak bersalah sehingga menyebabkan kecederaan, kelakuan tidak senonoh dan menganggu tugas penjawat awam, Khamis lalu.

Sumber: Berita Harian Online

Save

Save

Save

Save

Save

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×