berita

‘Ibu Akan Sentiasa Bersama Awak’- Baca Luahan Sweet Ibu Untuk Anaknya Yang Pertama Kali Bekerja

September 19th, 2017 | by Ash Nordin
Kini Trending

Segala kejayaan yang kita capai dalam hidup, ibu lah insan paling bangga sekali dalam dunia. Selain itu, ibu juga orang pertama yang mengajar kita cara menguruskan diri, cara berjalan, cara membaca dan macam-macam lagi sehingga lah kita tahu untuk berdikari.

Macam post yang dikongsikan oleh lelaki bernama Irfan di Twitter, ibunya telah meluahkan rasa bangga kerana dapat menghantar anaknya bekerja buat kali pertama. Sweet sangat.

Masih ingat ketika kali pertama senyum, berjalan..

Saya telah menghantar anak lelaki pergi ke kerja hari ni. Masa sangat cepat berlalu dan saya bersyukur kerana masih berpeluang untuk masih dapat lihat momen ‘kali pertama’ anak. Saya masih ingat saat kali pertama dia senyum, berjalan, bercakap, menyanyi, kali pertama masuk ke tadika, sekolah menangah, asrama, masuk ke asasi, kali pertama memasuki tahun ijazah dan kini, bab baru dalam hidupnya.. Selamat berjaya abang.. Ibu doakan yang terbaik.. Ibu sentiasa bersama awak.. Terokai dunia dan terokai pengalaman baru. Awak sentiasa boleh bergantung untuk ibu untuk momen ‘kali pertama’ untuk yang seterusnya.. Ibu sayang awak..

Sumber: Twitter Irfan Haziq

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×