berita

Ibu Fasha Sandha Jadi Mangsa Fitnah Di Instagram?

June 17th, 2014 | by Ai
Isu & Kontroversi

fasha-sandha-30-630x420

Eish! Takut kami tengok peminat fanatik artis-artis zaman sekarang ni. Mana taknya sampai ada yang buat fake account semata-mata nak memecah belahkan sesama selebriti.

Terbaru, ibu kepada pelakon popular Fasha Sandha turut terkena tempias apabila ada pengguna laman sosial Instagram menggunakan namanya bertujuan untuk mengeruhkan hubungan Fasha dan Nora Danish.

Akibat daripada perbuatan tak bertanggungjawab itu, ibu Fasha telah menegur pemilik akaun tersebut namun telah disalah ertikan oleh peminat Nora Danish yang menganggap ibu Fasha telah menuduh Nora sebagai dalang disebalik akaun palsu itu.

FashacommentDah tak ada kerja agaknya peminat itu. Bagaimanapun, ibu Fasha telah memuat naik sekeping foto menasihatkan insan tersebut supaya tidak mengaibkan dia dan keluarganya.

Malah, kami lihat, Fasha Sandha turut bengang dengan tindakan individu tersebut. Iyalah, siapa tak marah apabila ada pihak yang cuba melaga-lagakan keharmonian keluarga kan?

Menerusi ruangan komen, Fasha menasihatkan individu tersebut menghentikan perbuatan fitnah itu dan bawa mengucap atas dosa yang telah dilakukan. Hah! Amek kau!

Nora Danish pula nampaknya telah memadam komen tersebut. Baguslah begitu. Kalau kami jadi Nora pun, kami tak ingin mengeruhkan hubungan yang sudah baik kan?

Kepada individu tersebut, bawa-bawalah berhenti melakukan aktiviti tak bermoral ini. Mungkin hari ini anda kenakan orang, hari esok giliran anda pula. Siapa tahu kan?

Apapun, kami seronok melihat kebahagiaan Fasha Sandha dan suaminya dengan Nora Danish. Masing-masing sangat profesional dan mementingkan hubungan kekeluargaan.

SKIP THIS AD ×