berita

Imam & Pensyarah Universiti Dari Palestin Ditembak Mati Di Jalan Gombak

April 21st, 2018 | by Ash Nordin
Kini Trending

Hasrat seorang imam dan pensyarah universiti swasta dari Palestin untuk menunaikan solat subuh di surau tidak kesampaian apabila dia ditemui mati di tepi jalan, berhadapan Kondominium Idaman Puteri, Jalan Gombak pagi ini. Mangsa dipercayai ditembak oleh dua individu tak dikenali.

Hajat ke surau tak kesampaian

Menerusi laporan Astro Awani, Imam dari Palestin yang berusia 35 tahun itu dipercayai mati ditembak oleh dua lelaki yang datang menaiki sebuah motorsikal ketika mangsa ingin ke surau menunaikan solat subuh di surau. Kejadian berlaku kira-kira pukul 6 pagi.

Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, siasatan awal mendapati bahawa suspek menaiki motorsikal dan melepaskan lebih 10 das tembakan dan berdasarkan pemeriksaan awal mendapati terdapat empat kesan tembakan pada badan mangsa.

Polis turut menemui dua slug peluru dan mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Mangsa mempunyai tiga orang anak dan isteri. Al-Fatihah.

Sumber: Astro Awani, Facebook MyCare

Save

Save

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×