berita

Impian Hidup Bersama Kini Jadi Kenyataan – Almy Nadia Lega Kontroversi 8 Tahun Berakhir

April 28th, 2014 | by Ai
Kini Trending

Screen Shot 2014-04-27 at 15.46.22

Bukan senang untuk menjalin hubungan cinta hingga bertahun-tahun lamanya. Jika bukan pasangan itu sendiri yang akan bosan, pasti ada masalah lain yang timbul seperti kemunculan orang ketiga.

Sama seperti kisah percintaan Almy Nadia dan Fizz Fairuz sebelum ini, kedua-duanya pernah diduga dengan kontroversi hebat sepanjang lapan tahun mereka bercinta.

Bagaimanapun berkat kesabaran dan kepercayaan Almy yang tinggi kepada Fizz, akhirnya pasangan ini diijabkabulkan menjadi sepasang suami isteri dengan hanya sekali lafaz semalam.

almynadia-2

Almy atau nama sebenarnya Almy Nadia Aminuddin Shah bersyukur kerana doanya untuk ke jinjang pelamin bersama pelakon lelaki itu dimakbulkan biarpun berdepan pelbagai dugaan sebelum ini.

Alhamdulillah, segala-galanya kini sudah selesai dan kami sah menjadi pasangan suami isteri. Impian untuk hidup bersama kini menjadi kenyataan.

Sementara itu, Fizz pula nampaknya sudah bersedia untuk menambah bilangan ahli keluarga yang baru dibinanya bersama Almy.

Mengenai perancangan cahaya mata, kalau boleh saya inginkan anak seramai mungkin.

Untuk pengetahuan anda, pasangan ini akan mengadakan majlis resepsi di kediaman Almy di Pulau Pinang pada 31 Mei nanti.

Sumber: Berita Harian

SKIP THIS AD ×