berita

INFINITE Adakan Konsert Pertama Kali Di Malaysia

August 19th, 2013 | by Ai
Kini Trending

Wallpaper-infinite-EC-9D-B8-ED-94-BC-EB-8B-88-ED-8A-B8-24150974-1200-892

Jika anda peminat kumpulan INFINITE, pastinya berita ini membuatkan anda teruja kerana kumpulan pujaan ramai ini akan membuat persembahan konsert buat pertama kalinya di Stadium Negara pada 19 Oktober 2013.

Kumpulan K-Pop dari Korea Selatan yang dibarisi oleh tujuh orang pemuda kacak ini bakal menjejakkan kaki ke Malaysia sekali lagi untuk menjayakan konsert jelajah 2013 Infinite 1st World Tour – One Great Step In Kuala Lumpur.

INFINITE sebelum ini pernah menghiburkan para peminat di Malaysia sewaktu Golden Disk Awards 2013 yang diadakan di Sepang pada awal Januari yang lepas.

Untuk pengetahuan anda, INFINITE telahpun mencipta fenomena beberapa minggu lepas apabila jualan tiket konsert One Great Step yang diadakan di Seoul pada 9-10 Ogos 2013 habis dijual dalam masa beberapa minit sahaja.

Infinite

Perkara itu jelas menunjukkan populariti INFINITE sedang meningkat naik dan semakin diterima oleh peminat walaupun kumpulan itu baru ditubuhkan beberapa tahun yang lepas.

Apakah INFINITE akan mencipta fenomena yang sama di Malaysia atau lebih hebat dari itu? Kalau nak tahu, kenalah tunggu mereka hadir dan membuat persembahan nanti, OK?

Bagi yang berminat untuk menghadiri konsert itu, anda boleh melayari laman Facebook rasmi Infinite dan Facebook IME Productions untuk sebarang maklumat mengenai tiket atau yang berkaitan.

Sementara itu, apa kata anda layan dulu MV terbaru Infinite berjudul Destiny di bawah. Semoga terhibur!

SKIP THIS AD ×