berita

Ingat Lagi Hotel Theme Park Genting Highlands? Kini Ia Telah Diubahsuai Jadi Lebih Moden & Unik

August 23rd, 2017 | by Ash Nordin
Travelogue

Genting Highlands merupakan salah satu destinasi pilihan pelancong bila mereka datang ke Malaysia. Salah satu sebab tempat itu jadi tumpuan orang ramai ialah kerana cuacanya yang dingin, punyai taman tema serta tempat makan yang menarik. Terbaru, restoran popular dari London, Burger & Lobster telah pun dibuka di sana.

Selain itu, tempat untuk anda bermalam juga banyak di Genting Higlands. Salah satu tempat yang anda boleh cuba ialah Hotel on The Park dimana dahulunya tempat ini dikenali sebagai Hotel Theme Park. Tapi apa yang menarik serta perbezaan dengan hotel sebelum ni? Jom kita lihat foto di bawah.

Moden dan unik

Pintu masuk Hotel on The Park

Foto-foto ini telah dikongsi oleh individu bernama Luqman Zakaria di dalam blog. Menurut Luqman hotel ini dahulunya dikenali sebagai Hotel Theme Park, tapi ia telah diubahsuai jadi lebih moden dan unik.

Kaunter resepsi hotel

Ini di kaunter resepsi hotel tersebut. Menarik bukan? Tambah Luqman lagi pakaian pekerja di hotel tersebut juga cantik, bersesuaian dengan cuaca sejuk di Genting Highlands.

Menarik di lobi hotel

Trick Mirror

Sebaik sahaja anda menjejakkan kaki di hotel tersebut, anda akan dapat lihat beberapa tarikan yang ada di lobi hotel. Antaranya ialah Trick Mirror, Giant Tea Cups dan Giant bench.

Giant Tea Cups

Antara bilik yang disediakan

Quads room (Muat untuk 1 hingga 4 orang)

Sixers room (1 hingga 6 orang)

Dekorasi dalam bilik

Dekorasi dalam bilik

Bilik khas untuk orang kurang upaya

Hotel ini menyediakan bilik khas untuk orang kurang upaya serta ruang bilik yang luas untuk memudahkan mereka untuk bergerak.

Menarik lagi, katil di bilik ini ialah ‘adjustable’ dimana tetamu kurang upaya boleh mengubah keadaan katil mengikut keselesaan.

Tandas di bilik untuk warga kurang upaya.

Dijangkakan tidak lama lagi hotel ini akan dipenuhi dengan orang ramai. Jika anda ingin jadi orang terawal untuk merasai sendiri pengalaman bermalam di sini, anda boleh lawati laman sesawang dan info di bawah;

Laman sesawang: Resort World Genting

No telefon: 03-61011118

Sumber: Blog Luqman Zakaria

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×