berita

Ingat Lagi Pelakon Comel Kabhi Khushi Kabhi Gham Ini? Selepas 15 Tahun, Ini Dia Sekarang!

October 5th, 2017 | by Wan
Kini Trending

Mesti korang pernah tengok Kabhi Khushi Kabhi Gham kan? Ingat tak korang kat budak comel ini? Walaupun sekadar memegang watak kecil, namun kehadirannya sebagai anak kepada Anjali Sharma (Kajol) dan Rahul Raichand (Shah Rukh Khan), Krish Raichand agak sukar untuk diabaikan menerusi keletahnya yang seringkali mencampakkan dialog klasik “Take a Chill Pill” kepada ibunya. So apa yang menarik sangat tentang ‘Krish’ ini?

Watak kecil, masih diingati

Tiada yang menarik pun… kecuali 15 tahun selepas filem itu dikeluarkan, dia telah membesar menjadi seorang jejaka kacak yang menggiurkan hati ramai wanita seluruh dunia!

Dikenali sebagai Jibraan Khan, paras rupanya membuatkan gadis-gadis berpusu melontarkan komen memuji ketampanannya.

Bukan lagi ‘Krish’ yang comel

Jibraan bekerja sebagai seorang jurulatih di studio tarian Shiamak Davar, dimana dia juga merupakan seorang pelajar beberapa tahun lalu.

Kini, dia merupakan seorang guru tarian bertauliah dan telah menguasai pelbagai bentuk tarian.  Dia juga memiliki sebuah studio tarian dan mengajar kanak-kanak dan remaja gaya tarian.

Si Penambat Hati!

Menerusi pantauan admin juga, kelihatan seolah Jibraan ni seorang gym freak, dan mungkin juga  narsisistik… eh? Yelah, mana taknya,  banyak pulak gambar dia ber-selfie’, tayang-tayang otot sejak dah sado ni kan.

Well, tak boleh nak salahkan dia pun, memang dah helok!

Sumber: Jibraan Khan

SKIP THIS AD ×