berita

Ingin Lancar Berbahasa Inggeris? Jom Ikuti 4 Tips Yang Dikongsi Oleh Dr. Amalina Bakri

February 14th, 2018 | by Amat
Kini Trending

Siapa yang tidak kenal dengan Dr. Amalina Bakri yang dahulunya pernah buat rakyat Malaysia bangga dengan keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2004. Kini, beliau telah  merealisasikan cita-citanya menjadi seorang doktor pakar bedah.

Jika anda ikuti Dr. Amalina di Twitter, dia gemar berkongsi pelbagai jenis petua, malah dia juga rajin membalas Tweet dari pengikutnya. Terbaru, Dr. Amalina sempat berkongsi petua untuk lancar berkomunikasi dalam English kepada masyarakat.

Tip berguna dari Amalina

Memandangkan ramai meminta Amalina berkongsi beberapa tips untuk lancar bercakap dalam bahasa English, dia tidak keberatan untuk membantu masyarakat kita berkomunikasi dalam bahasa English. Ini beberapa tips yang mungkin anda boleh praktikkan. Jangan malu jika ada kesalahan, janji kita belajar. Betul tak?

Berlagak cakap English

  1. Yakin semasa bercakap. Biarpun mempunyai kesalahan dari segi tatabahasa dan struktur penggunaan ayat dalam English, hiraukan saja. Seperti juga kalau kawan ejek kita ‘acah-acah’ nak bercakap dalam English. Pekakkan saja telinga.
  2. Kemudahan internet. Tidak dapat dinafikan, terdapat banyak kemudahan internet yang sangat membantu kita belajar dalam English. Beliau juga menyarankan agar menyertai mana-mana education group online di internet.

Biasakan diri

Lihat dan dengar. Sumber radio dan rancangan TV berbahasa English juga penting dalam membiasakan diri kita tahu untuk menyusun struktur ayat. Malah ianya juga mengajar kita perkara yang baru.

Belajar dari kesilapan. Dia juga menyarankan untuk sentiasa berkomunikasi berbahasa English jika mahu ada penambahbaikkan dalam pergaulan seharian. Tidak perlu juga berasa malu apabila ditegur kesalahan ayat.

Credit: Twitter Dr. Amalina Bakri

SKIP THIS AD ×