berita

Ini 4 Adegan Yang Paling Tak Dapat Dilupakan Dalam Kingsman. Memang Brutal, Kelakar & Stylish!

September 6th, 2017 | by Nurul
Sponsored Post

Selalu kalau filem yang berkenaan spy atau agen-agen rahsia ni mesti serius je kan. Tapi kami rasa korang pun tahu yang filem Kingsman pertama iatu Kingsman: The Secret Service ni memang lain dari lain dan memang tak membosankan.

Bukan saja penuh dengan aksi, tapi diselitkan juga dengan unsur humor yang bersahaja, brutal, jalan cerita yang tak meleret dan aksi yang style!

Haa..berita baik untuk korang, tak lama lagi, sekuel Kingsman akan ditayangkan di pawagam iaitu Kingsman: The Golden Circle. Yahoo..tak sabarnya!

So, jom kami belanja scene-scene epik dari Kingsman: The Secret Service untuk refresh kembali memory korang!

”Manners maketh man”..

“Manners maketh man. Do you know what that means? Then let me teach you a lesson.” 

Korang mesti ingat lagi ayat ni kan? Ayat power ni datang dari Harry Hart ataupun codename nya Galahad, seorang agen senior Kingsman yang memang hebat.

Scene Galahad “mengajar” samseng-samseng yang menggangu Eggsy ni memang win sebab dengan peribadinya yang nampak biasa-biasa memang takkan sangka yang dia ni terror berlawan!

Adegan yang ‘unpredictable’!

Kingsman memang terkenal dengan babak yang tak dapat dijangka. Terkejut-terkejut dibuatnya!

Tiba-tiba orang ni kena tembak, lepas tu, orang tu pulak mati. Tapi, korang perasan tak, semua babak aksi dalam filem ni dilakonkan dengan laju dan cekap. Senang cerita, memang nampak macam spy yang real dan bukan lakonan!

Memang penonton tak sempat berkelip . Tak henti-henti aksi yang ditonjolkan!

Galahad mati? Oh noo..

Babak ni memang boleh buat orang melopong dan terkejut sebab takkanlah hero mati dulu!

Macam yang kita tahu, dalam Kingsman: The Secret Service ni, Galahad memang banyak sangat membantu Eggsy dalam membimbing dia untuk jadi seorang spy handalan.

Tapi, memang tak sangka yang semudah tu je dia dibunuh oleh Si Valentine yang hati kering ni. Ishh!

Kekecohan di dalam gereja

Pengarahnya, Matthew Vaughn memang pakar dalam membawa penonton untuk merasai ketegangan filem ini dengan mencipta babak yang paling menonjol iaitu babak gereja.

Adegan yang serta-merta bertukar menjadi pesta darah dengan semua orang menumbuk, menendang dan menembak sesama sendiri memang salah satu babak epik yang penonton takkan boleh lupa.

Tak lupa juga Galahad yang mahir berlawan dan membunuh dengan kemahiran Achilles. Memang brutal habis lah!

Galahad hidup semula dalam Kingsman: The Golden Circle??

Apa?? Biar betul!

Haa..macam yang kita semua tahu, dalam Kingsman: The Secret Service, Galahad dah mati dibunuh oleh Valentine. Tapi, dalam Kingsman: The Golden Circle ni, Galahad akan muncul semula!! Wow! Apa dah jadi ni? Betul ke dia hidup semula ataupun klon dia je?

Dengar cerita, sekuel Kingsman ni juga akan dibintangi oleh nama-nama besar Hollywood seperti Channing Tatum, Elton John dan Halle Berry!

Korang mesti tak sabar nak tunggu Kingsman: The Golden Circle ni kan. Kalau filem pertama pun dah hebat, apatah lagi sekuelnya!

Kingsman: The Golden Circle akan ditayangkan di pawagam berdekatan korang pada 21 September ini tau. Jangan ketinggalan!

SKIP THIS AD ×