berita

Ini 5 Jenis Seni Mempertahankan Diri Yang Korang Boleh Belajar. Bagus Untuk Self Defense!

December 15th, 2016 | by Noraniza
Filem Antarabangsa

cover-image

Perasan tak sekarang ni macam-macam perkara buruk yang berlaku hari-hari. Ada kes culik lah, kes bunuh la, kes rompak la. Jadi, amatlah penting untuk korang belajar seni mempertahankan diri, sekurang-kurangnya korang mampu melindungi diri sendiri bila masa kecemasan kan?

Nah, kami senaraikan beberapa seni mempertahankan diri yang boleh korang belajar!

1.Krav Maga

krav-maga-gif1

Untuk pengetahuan korang, Krav Maga sememangnya direka untuk membolehkan orang awam, terutamanya kaum wanita untuk mempertahankan diri mereka ketika waktu kecemasan. Krav Maga juga tidak menggalakan kekerasan dan keganasan dalam gerak langkahnya. So, ianya lebih mudah dipelajari!

2. Keysi Fighting Method

keysi-gif-1

Keysi Fighting Method atau nama ringkasnya KFM direka untuk beraksi ketika mempertahankan diri. Oh ya, kalau korang nak tahu seni KFM juga diaplikasi dalam siri Batman dan juga filem Jack Reacher. Kiranya korang memang tahap ‘star’ la bila power praktis KFM ni!

3. Silat

silat-gif-1

Rasanya ramai orang Melayu yang memang dah ada ilmu persilatan ni kan. Malah, silat ni juga ada banyak jenis, silat gayong, silat harimau, silat lincah, silat langkah simba dan macam-macam lagilah. Bergantung kepada korang nak belajar yang mana.. Tapi, make sure niat tu kena betul, jangan sebab nak belasah orang saja-saja je ya!

4. Aikido

aikido-gif-1

Berasal dari Jepun, Aikido adalah seni mempertahankan diri yang menggunakan teknik ‘kunci’, ‘pegang’ dan ‘campak’ untuk mematahkan serangan lawan. Ala, teknik ni selalu digunapakai oleh Bruce Lee okay!

5. Muay Thai

muay-thai

Seni mempertahankan diri yang terkenal di Thailand dan negara-negara asia ini banyak persamaannya dengan seni pradal serey di Kemboja, lethwei di Myanmar, tomoi di Malaysia dan juga seni tinju. Ianya banyak menggunakan gerak tangan dan stepnya pun memang agak mudah untuk kita praktis tau.

Korang nak belajar self defense daripada filem? Tengok Assassin’s Creed!

Ha, kalau korang nak belajar lebih banyak aksi ekstrem ataupun sekadar mahu meonton filem aksi, Assassin’s Creed lah jawapannya! Kami pasti ramai yang menantikan filem diadaptasi daripada video game ni kan?

Filem ini diarahkan oleh Justin Kurzel, ditulis oleh Michael Lesslie, Adam Cooper dan Bill Collage. Malah, bintang yang menghidupkan watak filem ni pun memang famous lah kan macam Michael Fassbender, Marion Cotilard, Jeremy Irons, Brendan Gleeson dan ramai lagi okay!

Oh ya, filem ini akan mula ditayangkan di pawagam mulai 22 Disember 2016 tau. So, jom serbu wayang ramai-ramai! Pastikan jangan ada member korang yang tercedera ya lepas tengok movie ni sebab terlebih penghayatan. hehe..

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×