berita

Ini 8 Spot Bergambar Instagram-worthy Seluruh Asia, Termasuk Dalam Bucketlist Korang Tak?

January 16th, 2018 | by Epul
Make-It-Senang

Kalau korang kaki ambik gambar, mesti penuh gambar cantik dalam simpanan kan? Lagi-lagi Instagram addict, mesti korang pandai ambik gambar cantik, edit, cari angle lawa, adjust lighting, semua tu mesti power!

Kalau dapat travel, lagi membuak-buak semangat nak ambik gambar tu sampaikan kamera atau phone memang melekat kat tangan. Bagi diorang, setiap gambar dan tempat ada nilai serta makna tersendiri menurut pandangan dan perspektif masing-masing…

Haa, kali ni, kami senaraikan 8 spot bergambar Instagram-worthy seluruh Asia. Mana tau korang tak pernah pergi kan? Enjoy!

1. Giant Swing, Bangkok

Giant Swing di Bangkok, Thailand yang berketinggian 27 meter ni adalah tempat khusus buat mereka yang beragama Hindu untuk mengadakan upacara ayunan tahunan. Dalam masa sama, ia juga melambangkan unsur-unsur kisah asal Hindu secara simbolik. Menarik kan?

2. Pasar Bunga, Ikan & Burung Kowloon di Mong Kok, Hong Kong

Bila sampai Hong Kong, jangan lupa untuk singgah ambik gambar kat Pasar Bunga, Ikan & Burung Kowloon di Mong Kok sebab kat situ ada mengumpulkan pelbagai jualan jalanan menarik! Antaranya:-

Pelbagai jenis bunga berwarna-warni yang jarang kita jumpa

Jualan ikan seakan akuarium tepi jalan yang berisi ikan emas dan pelbagai hidupan air yang indah

Pelbagai spesis burung eksotik yang boleh dipegang dan banyak lagi!

Kat situ, ada lebih 500 barangan menarik dan tentunya korang taknak lepaskan peluang ambik gambar dari pelbagai sudut, mana tau jumpa jualan unik yang jarang kita jumpa? Senang je nak cari, ia berdekatan dengan Mong Kok Station dan sekitar Nathan Road dari terminal feri. Jangan lupa beli dan bawa balik kalau berkenan!

3. Gotokuji, Tokyo

Pernah dengar ‘tokong kucing’? Kalau korang tak tau, kat Tokyo ada tokong Buddha diberi nama Gotokuji yang menempatkan ribuan patung ‘lucky cat’. Menurut mereka, sejak kucing yang membawa tuah ‘maneki-neko’ lahir, ia terus popular dan ramai pelancong dari seluruh pelusuk dunia nak ambik gambar kat situ. No wonderlah kan…

Setiap patung ‘lucky cat’ mempunyai motif tersembunyi yang tersendiri malah korang boleh beli dan biasanya selepas hajat sudah tertunai, ia akan kembali ke rak asal. Comel gila kan, rasa nak bawak balik satu!

4. Niagara Falls, Taipei

Macam lukisan kan? Well, inilah rupa sebenar Niagara Falls kat Taipei yang merupakan air terjun semulajadi terbesar sepanjang Pingxi Line. Tempat ni memang menenangkan bila korang tengok patung dewa sepanjang jalan. Nak lagi best, beli air kat kafe di tingkat 2 sambil enjoy dengar rentak berirama dari air terjun. Feelingnya…

Nak sampai sini, caranya jalan sikit dari stesen tren Shi Fen. Dari situ korang boleh nampak banyak papan tanda yang menunjukkan arah masing-masing. Senang je!

5. Gunung Mat Cincang, Langkawi

Gunung Mat Cincang kat Langkawi sememangnya terkenal dengan pemandangan cantik dari atasnya. Dengan tinggi 850 meter, ia adalah gunung kedua tertinggi kat Langkawi yang menawarkan pemandangan pulau yang menakjubkan. Kat situ juga ada cable car popular yang membawa penumpang setinggi 709 meter dari aras laut…

Selain korang dapat tengok pemandangan sekitar Gunung Cincang, kalau hari betul-betul cerah korang boleh nampak pulau utama dan kawasan Barat Daya Thailand. Kalau korang nak makan-makan pun, kat situ ada banyak gerai yang menjual makanan dan minuman!

6. Old Phuket Town & Thalang Road, Phuket

Ditubuhkan secara rasmi ketika era perlombongan biji timah menurut sejarah Phuket, Old Phuket Town ada banyak warisan seni bina indah yang menawarkan suasana vintaj, mesti cantik kalau ambik gambar!

Seni bina The Sino-Portugese salah satunya, membariskan rumah-rumah besar yang dah wujud beratus tahun dan masih cantik sehingga kini sebab dijaga rapi, diubah suai dan dipelihari oleh orang-orang sana! Macam-macam warna ada tau!

7. Changdeokgung, Seoul

Kalau korang tau Gyeongbokgung, itu istana utama. Tapi, Changdeokgung adalah kawasan paling cantik dalam istana tu. Kat sinilah nak ambik gambar cantik dengan suasana hijau flora dan fauna. Orang ramai kurang datang ke sini jadi korang tak payah tunggu giliran nak ambik gambar…

Kat belakang istana tu jugak ada Secret Garden, uuu! Haa, kat situlah korang akan jumpa gabungan harmoni antara alam semula jadi dengan seni bina tradisional. Menarik kan?

8. Haji Lane, Singapura

Haji Lane kat Singapura adalah jalan sempit yang dibarisi pelbagai lukisan mural dan seni jalanan. Datang sini tengah hari sikit sebab pagi-pagi banyak kedai belum bukak. Sepanjang jalan, korang akan nampak lukisan mural warna warni dengan pelbagai motif, kafe, butik kecil dan kedai dengan jenama fesyen tempatan…

Tengok gambar-gambar cantik kat Haji Lane ni:-

Nak ambik gambar kat semua lokasi ni jugak?

Menarik dan cantik gila kan semua 8 tempat ni? Jom tunaikan resolusi tahun baru ini. Terokai Bangkok, Langkawi, Hong Kong, Tokyo, Taipei, Seoul dan destinasi Asia lain. Jimat lebih apabila anda tempah tiket penerbangan dan hotel bersama dengan tawaran Wow Tahun Baru Cina Expedia.com.my!

Dengan tawaran Wow Tahun Baru Cina dari Expedia.com.my, korang akan dapat harga istimewa ni:-

  • Bangkok – Tiket Penerbangan + Hotel 3H2M dari RM584/seorang*
  • Langkawi – Tiket Penerbangan + Hotel 3H2M dari RM731/seorang*
  • Hong Kong – Tiket Penerbangan + Hotel 4H3M dari RM1189/seorang*
  • Tokyo – Tiket Penerbangan + Hotel 3H2M dari RM1832/seorang*
  • Taipei – Tiket Penerbangan + Hotel 3H2M dari RM1026/seorang*
  • Phuket – Tiket Penerbangan + Hotel 3H2M dari RM836/seorang*
  • Seoul – Tiket Penerbangan + Hotel 3H2M dari RM1462/seorang*
  • Singapura – Tiket Penerbangan + Hotel 3H2M dari RM1266/seorang*

Kalau korang tak tau, lagi jimat kalau korang tempat flight dengan hotel sekali! Take note dengan tarikh-tarikh ni!

  • Tempoh penempahan : 8 Januari – 28 Februari 2018
  • Tempoh perjalanan : 8 Januari – 30 April 2018

*Harga pada 15 Januari 2018. Tapi ingat, promosi ni hanya boleh didapati di hotel yang mengambil bahagian dalam promosi ini, untuk tempahan yang dibuat dari 8 Januari 2018 – 28 Februari 2018, untuk perjalanan dari 8 Januari 2018 – 30 April 2018, melainkan tempahan dah penuh. Untuk terma dan syarat lebih lanjut, sila layari laman web Expedia.com.my. Selamat melancong!

The following two tabs change content below.

Epul

Sponsored Content Champion at REV Asia
Jangan follow akaun Twitter & Instagram saya kat tepi ni.

SKIP THIS AD ×