berita

Ini Antara 6 Benda ‘Tipikal’ Yang Malaysian Selalu Buat Bila Ada Accident. Kepoh Betui!

January 3rd, 2018 | by Epul
Kini Trending

Korang selalu tak alami masalah yang common ni? Contohnya bila ada kemalangan tak kiralah motor ke, kereta ke, lori ke, bas ke. Perkara pertama yang korang akan nampak adalah orang-orang yang kepoh. Bukan kepoh nak menolong tau, kepoh buat benda-benda yang tak sepatutnya bila nampak accident. Lagi bertambah teruk la trafik kalau ada orang macam ni wei!

1. Bawak kereta secara perlahan sebab nak tengok apa jadi. Kecoh betul!

Benda ini memang selalu sangat terjadi. Bila korang check Waze atau Google Map, kemalangan tu padahal jauh lagi tau. Tapi semua kereta dah mula perlahan sebab kereta kat depan tu sebenarnya bukan stuck ke apa, tapi dorang bawak memang sloooow giler sampai kereta belakang makin panjang. Geram betul!

2. Dah jammed, boleh tangkap gambar accident tu untuk post kat media sosial pulak

Perangai ni lagi tak boleh blah. Dah tahu keadaan tengah teruk, jammed pun dah makin panjang. Ada pulak manusia yang rajin keluarkan phone lepas tu tangkap gambar untuk post kat media sosial. Konon nak update pasal punca jammed tu lah. Tapi korang tau tak, benda-benda yang macam ini lah yang buatkan jammed makin teruk. Aiyoooh!

3. Catat nombor plat kereta yang accident tu. Untuk apa ek?

Ha, ada jugak yang menggunakan kepercayaan untuk ambil nombor plat kereta yang terlibat tu untuk jadikan nombor cabutan bertuah. Kononya, ada ‘luck‘. Ha, ini pun boleh buatkan jammed tau kalau nak tahu? Korang mestilah makin slow bila nak zoom tengok nombor plat kereta tu kan?

4. Dah lama sangat stuck dalam jammed, selfie dalam kereta pun boleh eh!

Selain daripada jadi kepoh, ada jugak Malaysians yang jenis tak ambil peduli. Benda ni bukan lah nak cakap bagus, tapi masa tengah jammed, fokus je la bawak kereta tu. Kang tak pasal-pasal tengah selfie, tercium bontot kereta depan. Masalah lagi kena berhenti, tambah lagi jammed untuk kereta yang belakang. Tak ke double trouble tu?

5. Ada jugak kereta yang jenis tak reti duduk diam, main tukar-tukar lane. Ugh!

Ini admin geram! Yang jenis suka sangat main tukar-tukar lane tu, kononnya nak cepat kedepan. Sebaiknya masa trafik tengah jammed macam ni, duduk je kat lane masing-masing. Jangan menyusahkan orang nak kena brek untuk awak yee. Bertimbang rasa la sikit..

6. Tak reti sabar, emergency lane pun korang sebat! BAHAYA TAU!

Memang ramai yang bawak kereta tapi tak tau peraturan. Emergency lane ni bukan dibuat untuk korang guna masa jammed tau, baik motor atau kereta – kedua-duanya dilarang untuk menggunakan emergency lane TANPA sebarang emergency. Bahaya tau, kalau ada ambulans nak lalu kan dah susah tu!

Nak tahu apa yang sepatutnya korang buat bila ada kemalangan?

Meh admin nak share sikit tips berguna untuk pemandu-pemandu di luar sana yang tak tau nak buat apa masa trafik tengah teruk. Simple je pun!

Jangan tukar-tukar lane, stay dekat lane yang sama sampai kereta mula bergerak

Kalau nak tangkap gambar, pastikan kereta betul-betul berhenti. Kang tersondol kereta depan!

Boleh call polis/bomba/ambulans untuk minta bantuan kalau masih belum ada yang bantu

Kalau trafik memang tak bergerak langsung, boleh buat aduan dan dapatkan bantuan untuk meredakan kesesakkan lalu lintas

Tak perlu lah nak perlahankan kenderaan semata-mata nak tengok accident

Yang penting sekali……

SAY NO TO EMERGENCY LANE!

Apa-apa pun, rushing mana pun korang, tolong jangan sesekali mengikut laluan kecemasan! Bagi laluan untuk bomba, ambulans dan juga polis jika ada kemalangan. Barulah trafik akan lebih smooth!

Selamat memandu! :)

Tonton video ni untuk lihat bagaimana ia boleh menjejaskan perkhidmatan kecemasan

The following two tabs change content below.

Epul

Sponsored Content Champion at REV Asia
Jangan follow akaun Twitter & Instagram saya kat tepi ni.

SKIP THIS AD ×