berita

Ini Antara Sebab-Sebab Kenapa Pakai Motor Jauh Lebih Mudah Berbanding Dengan Kereta

August 14th, 2017 | by Murni | 17 comments
105.3K
reads
10.8K
shares
Chic & Stail

Zaman sekarang ni memang hampir semua individu mempunyai kereta. Jalanraya pun sudah makin sesak, penuh dengan kenderaan. Kalau pergi shopping mall, 15 ke 20 minit akan terbuang sebab tak ada parking, betul tak?

Sebab tu lah kadang-kadang admin akan ambil public transport je untuk kemana-mana. Tapi leceh menunggu pulak. Yang ada motor tu, lagi senang. Pakai helmet pastu terus gerak! Fuh senang kerja.. Admin nak bagi tahu sikit kenapa kalau pakai motor lagi senang berbanding kereta. Sebab….

1. Banyak duit boleh ‘save‘ dengan penggunaan minyak yang berpatutan

Maklumlah sekarang ni kan dengan harga minyak yang tak menentu, sekejap naik sekejap turun. Baik korang cari jalan yang terbaik untuk selamatkan duit korang daripada habis dekat minyak.

Dengan penggunaan motor, korang bolehlah buat simpanan sikit. Walaupun tak banyak disebabkan komitmen lain, ada lah juga duit simpanan setiap bulan betul tak? Sikit-sikit lama-lama jadi bukit, gittew!

2. Jimat masa kalau nak pergi kemana-mana. Ini yang penting!

Trafik dekat mana-mana pun memang teruk gila pagi-pagi. Ugh.. lagi-lagi kalau yang bawak kereta tu, goodluck la nak sampai office awal. Stuck dalam jammed je dah lebih dari 40 minit walaupun rumah sejengkal je. Aiyoyo!! Itu pentingnya ada motor, kalau ada meeting pagi-pagi korang memang takkan pernah lambat hehe. Right on time!

3. Senang jaga, low maintenance

Kalau pakai kereta memang maintenance tinggi sangat. Servis kali pertama dah berapa ratus, road tax, insurans memang sangat tinggi. Kalau tak ada kerja yang tetap atau financial yang tak stabil, admin sarankan korang jangan pakai kereta huhu.

Kalau pakai motor, sekurang-kurangkan servis pun tak mahal, road tax pun murah je. Senang jaga pulak tu. Untuk remaja yang baru mula kerja tu, bolehlah pakai motor dulu sebelum ada plan nak beli kereta ye. Make sure korang stabil dulu.

4. Tak perlu bayar tol. Yehaaa! Ini yang paling admin suka!

Komitmen untuk yang pakai motor ni sebenarnya sangat rendah tau. Hanya bayar motor, road tax dan minyak je. Tol tak payah bayar pun hehe. Kalau tengok yang ada kereta tu, macam-macam benda kena bayar, nak jalan jauh sikit je tapi dah kena tol lebih dari RM 30. Pehhhh! Koyak poket macam ni! Baru nak simpan duit dah kena keluar duit untuk tol. Urrrghh!

Nak pergi road-trip bersama rakan-rakan? Admin ada idea!

Ramai yang bosan nak menghadap jalan jem yang teruk setiap hari nak pergi road-trip ataupun nak pergi kerja setiap hari, betul tak? Kalau pakai motor kan senang. Jalan je jauh-jauh pun, jem pun boleh potong masa. Hehe tapi kalau dapat guna motor yang mileage terbaik pun bagus ni!

Kini Yamaha dengan pengeluaran motor yang terbaru iaitu Yamaha Automatik membolehkan anda pergi lebih jauh dengan mileage 50% lebih baik. Yamaha Automatik ini juga adalah sangat sporty untuk kegunaan harian anda.

Rekaan lampu yang sangat garang. Fuhh lawa betul!

Penggunaan fabrik yang sangat lembut dan selesa digunakan untuk perjalanan yang panjang. Takde lah kebas bontot korang! Huhu

Yamaha juga mengeluarkan motor yang memenuhi kehendak pengguna mereka. Memang best sangat! Seperti yang kita tahu, setiap jenama motor mempunyai pendekatan yang berbeza termasuklah Yamaha sendiri.

Yamaha Automatik ini juga boleh dibuat untuk penggunaan harian dengan kos yang jauh lebih jimat berbanding motor yang lain. Bila korang bawak motor terbaru keluaran Yamaha ni, korang akan dapat merasai sendiri keseronokkan memandu lagi-lagi untuk perjalanan yang jauh.

Tangki minyak yang memudahkan proses pengisian

Tempat penyimpanan yang luas untuk topi keledar dan barangan yang lain. Wow sangat mudah!

Motor yang mempunyai Blue Core Engine yang jauh lebih JIMAT. Pehhh cun beb!

Kalau korang nak tahu, teknologi Blue Core Engine juga telah tersenarai sebagai top-class dalam ekonomi bahan bakar dan juga membantu penunggang motor untuk lebih jimat. Model Blue Core ini juga akan membuatkan anda merasai perjalanan yang sangat menyeronokkan!

Apa yang unik tentang Blue Core Engine ni? Haa ia menawarkan bahan api dan prestasi enjin yang jauh lebih baik. Malah, Blue Core Engine ini juga tidak semestinya menggunakan horsepower yang tinggi untuk kelajuan maksima.

Tindakbalas throttle dan pemanduan dicipta untuk panambahbaikan contohnya seperti pecutan lebih baik daripada hentian terakhir dan daripada kelajuan yang berterusan.

Blue Core Engine bakal memberikan penunggangan yang lebih selesa walaupun pada kelajuan tinggi. Selain itu, Blue Core Engine ini merupakan teknologi Yamaha terbaru yang mampu membawa anda pergi lebih jauh meskipun dengan enjin yang lebih kecil.

Kalau korang berminat untuk mengetahui lebih maklumat tentang keluaran terbaru Yamaha ini, boleh ke cawangan Yamaha yang berdekatan atau boleh juga layari laman web mereka. Klik di link ini!