berita

Ini Berlaku Bila Remaja ‘Tipu’ Nak Bagi Duit Raya Bertemu Adik Qistina & Ayahnya

June 22nd, 2018 | by Amat
Isu & Kontroversi

Video menyaksikan seorang remaja lelaki ‘tipu’ duit raya kepada kanak-kanak di tepi jalan telah mendapat perhatian netizen di media sosial, tempoh hari. Akmal Azudin memberanikan diri berjumpa keluarga adik Qistina untuk memohon maaf dan kesal tindakannya itu.

Ini respon ayah kepada adik Qistina, Shahrulnizam juga terkesan dengan penularan video yang melibatkan anaknya itu.

Hanya sekadar bergurau

Saya datang sekitar pukul 3 petang, Khamis untuk bertemu dengan keluarga mereka dan minta maaf secara berdepan. Alhamdulillah, mereka memaafkan saya. Ayah Qistina turut memberi pesanan dan nasihat kepada saya agar tidak mengulangi lagi perbuatan ini.

Menurut Akmal Azudin, dia hanya sekadar niat ingin bergurau dan tidak menyangka video itu akan tular sehingga mendapat perhatian meluas rakyat Malaysia.

Saya sebenarnya suka bergurau dengan kanak-kanak. Tapi mungkin tersalah percaturan pada hari itu. Saya akui kesilapan saya. Saya padam akaun Twitter dan Instagram pun bukan kerana ingin melarikan diri tapi sebab ramai yang kecam. Apabila dimaklumkan oleh adik-beradik saya mengenai hasrat keluarga Qistina, saya membuat keputusan untuk datang berjumpa agar kes ini tidak berpanjangan.

Dia seorang pemuda yang baik

Sementara itu, bapa Qistina, Shahrulnizam Jaafar mengakui lega dan berlapang dada untuk memaafkan pemuda itu.

Alhamdulillah. Allah lembutkan hati saya. Saya menerima kedatangan mereka dengan hati terbuka dan sudah memaafkan perbuatannya. Sekarang hati saya sudah tenang. Bila dah kenal dan bertemu dengannya, rasanya dia seorang pemuda yang baik.

Janji tak buat lagi

Menerusi laporan mStar Online pada Selasa, Shahrulnizam terkesan dengan penularan video tersebut yang melibatkan anaknya dan memohon bantuan netizen supaya mempertemukan dia dengan Akmal Azudin. Kejadian yang berlaku pada sambutan Hari Raya pertama itu mula tular di laman sosial sejak Isnin lalu. Dalam rakaman itu, Akmal memperlahankan kenderaannya sebelum menawarkan duit raya kepada Qistina dan dua sepupunya sebelum memecut dan dalam keadaan ketawa terbahak-bahak.

Sumber: mStar Online

SKIP THIS AD ×