berita

Ini Cara Paling Senang Untuk Buat Kerja Amal Guna Smartphone Je! Kat Mana-Mana Pun Boleh Tolong Orang!

September 6th, 2017 | by Noraniza | 0 comments
22.4K
reads
3.8K
shares
Shout Out!

 

Bak kata pepatah, tangan yang memberi lebih baik daripada tangan yang menerima kan? Tapi, apa cara yang paling mudah untuk anda membantu mereka yang memerlukan?

Tadaaa! Mudah je sekarang tau! Hanya dengan guna smartphone je tau! Nak tahu macamana? Baca informasi lanjut di bawah….

Korang tahu tak pasal Hari Hasanah?

Hari Hasanah diadakan bertujuan untuk meraikan dan memperingati perjalanan dan kemajuan Malaysia sebagai sebuah negara. Al-maklumlah, kita kan baru sambut Hari Kebangsaan pada 31 Ogos yang lalu dan tak lama lagi pulak Hari Malaysia.

Jadi, sempena dengan Hari Hasanah tahun ini, Axiata memberi sokongan kepada The Picha Project dengan menyumbang sebanyak 1,000 pek makanan ke Rumah Titian Kaseh.

Oh ya, untuk pengetahuan korang The Picha Project adalah sebuah badan sosial yang ditubuhkan untuk membantu golongan terpinggir di Malaysia dengan menyediakan perkhidmatan katering. Menariknya, menu The Picha Project ini disediakan oleh keluarga pelarian dari pelbagai negara. Wow! Terbaik!

So, apa peranan korang pula? Mudah sahaja… Jom sertai kempen Share-A-Meal!

1.Ambil gambar korang dan kawan-kawan sedang berkongsi makanan

2. Muatnaik foto tersebut menerusi Facebook, Twitter, Instagram dengan #AxiataCares #ShareAMealTogether dan #BerbudiBersama

3. Tag tiga kawan anda untuk turut serta dalam aktiviti ini!

So, apa lagi, jom ramai-ramai tangkap gambar dengan smartphone canggih korang dan sertai kempen Share-A-Meal yang akan berlangsung daripada 4 sehingga 17 September ini!

Jadilah masyarakat Malaysia yang prihatin! Untuk maklumat lanjut, klik je di laman Facebook Axiata ataupun laman sesawang Axiata ni!

 

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior, Content Champions at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)