berita

Ini Last Warning – Sharnaaz Ahmad

November 29th, 2013 | by Ai
Isu & Kontroversi

Screen Shot 2013-11-29 at 12.38.06 PM

“Sesiapa yg kaitkan aku dgn Shila atau Johan, aku block dan korang boleh blah.. Harap berita faham, kalau tak faham mai sini gua hammer.”

Inilah antara kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Sharnaaz Ahmad dilaman Twitter-nya ekoran kontroversi yang melanda Johan As’ari, Lana Nordin dan Shila Amzah.

Kontroversi ini yang kecoh semalam sedikit sebanyak telah membabitkan nama Sharnaaz Ahmad kerana Johan sebelum ini pernah digosipkan bersama Shila.

Dan sebelum itu, Shila pernah dikaitkan bersama Sharnaaz. Nampaknya peminat masih belum boleh melupakan Sharnaaz Ahmad, kan?

Rentetan daripada itu, nama Sharnaaz turut terkena tempias sehingga membuatkan pelakon berbakat ini berang.

Menerusi laman Instagram miliknya, Sharnaaz dilihat memuatnaik sekeping foto yang mengandungi kenyataan berbaur amaran kepada pengguna laman sosial.

Screen Shot 2013-11-29 at 11.49.13 AM

Antara amaran yang dinyatakan oleh Sharnaaz

Pelakon filem Juvana itu turut menegaskan kepada para pengguna Instagram agar memahami situasinya untuk tidak mengaitkan namanya lagi.

Melalui perkongsian foto ini, para pengikut laman sosial aktor tersebut telah memberi beberapa respon positif disamping menyuruh pelakon tersebut untuk menenangkan diri.

Sebagai rujukan, hubungan cinta antara Sharnaaz dan Shila Amzah beberapa bulan lepas terputus ditengah jalan setelah masing-masing mengambil kata sepakat untuk berpisah dengan cara baik.

SKIP THIS AD ×