berita

“Ini Memang Gosip Liar” – Dayana (Anak Wayang)

January 17th, 2013 | by Ai
Isu & Kontroversi

Screen Shot 2013-01-17 at 12.30.36 AMLumrah hidup menjadi artis, gosip dan khabar angin sentiasa mengelilingi mereka. Samada yang baik mahupun buruk, seorang artis itu haruslah menerima kenyataan.

Terbaru, Dayana Roza yang dikenali menerusi rancangan realiti ‘Anak Wayang’ telah digosipkan dengan Syazwan Zulkifly.

Sebuah blog hiburan tempatan semalam telah menyiarkan sekeping foto menunjukkan Dayana dan Syazwan bersama dan ini menimbulkan pelbagai spekulasi daripada peminat. Sebelum ini, turut digosipkan dengan Aril apabila dia sering dilihat menghadiri program ‘Mania’ yang pernah disertai Aril sekitar tahun lepas.

Namun, ketika dihubungi petang semalam, Dayana yang kini sibuk menjalani penggambaran bagi filem “Zombie Kilang Biskut” menafikan dakwaan bahawa dia dan Syazwan bercinta dan menegaskan itu hanyalah gosip liar.

“Ini memang gosip liar, rasa macam kelakar sebab kalau kami lepak atau berjumpa pun, hanya berborak pasal kerja.

“Foto yang tersebar itu adalah foto lama sekitar awal bulan Disember yang lepas dan sekarang kami jarang berjumpa. Memang saya anggap dia (Syazwan) sebagai kawan dan dia pun tahu saya macam mana,” ujar Dayana.

Hidup sebagai seorang pelakon dan sentiasa diperhati ramai, Dayana turut meluahkan rasa kecewanya kerana sering dikaitkan dengan gosip-gosip cinta yang tidak benar.

“Hari tu saya kena gosip dengan Aril. Kali ni, dengan orang lain pula. Salah ke kalau seorang wanita dan lelaki mahu berkawan?

“Saya takut orang akan fikir lain dan tak mahu orang mengenali saya menerusi khabar angin dan gosip sebegini. Kalau boleh, saya mahu dikenali menerusi bakat yang ada dalam diri ini,” jelas Dayana mengakhiri perbualan.

Dayana bakal muncul dalam filem arahan Mamat Khalid iaitu “Zombie Kilang Biskut” dan akan memegang watak sebagai Sofia.

SKIP THIS AD ×