berita

“Ini Pengalaman Pertama Tasha Bekerja Dengan Aunty” – Tasha Shila

August 3rd, 2012 | by Ai
Kini Trending

Bulan ini merupakan kali pertama pelakon manis Tasha Shila menceburi bidang perniagaan di Bazar Ramadhan. Semua sedia maklum bahawa Tasha telah menjual biskut raya yang dikenali sebagai ““Gemilang Tasha Shilla Cookies” di Bazar Ramadhan Kg. Baru.

Menerusi temubual pihak OHBULAN! dengan Tasha Shila di Majlis Berbuka Puasa bersama pihak Astro di Hotel Royal Bintang, Damansara, Selangor, beliau menyatakan bahawa penjualan biskut rayanya mendapat sambutan yang menggalakkan. Katanya lagi, “Ini merupakan pengalaman pertama Tasha bekerja dengan aunty Tasha dan Alhamdullillah ianya mendapat sambutan yang menggalakkan. Lagipun sebelum ini Tasha memang selalu ambil biskut raya dengan aunty, cuma baru tahun ini mula nak jual biskut dekat Bazar Ramadhan.”

Bercerita mengenai persiapan raya, Tasha memberitahu bahawa tahun ini beliau tidak banyak sangat membuat persediaan untuk sambutan Aidilfitri.

“Tasha tak buat banyak sangat persediaan untuk raya, cuma dari segi baju tahun ini banyak sikitlah,” ujarnya sambil tersenyum. Pada tahun ini Tasha akan mula raya di Batu Pahat, Johor dan seterusnya beliau akan balik kampung di Ulu Yam, Selangor.

Jangan lupa saksikan cerita lakonan Tasha pada hari raya nanti, “Pulut Kacau Meriam Kabait” di siaran Astro.

SKIP THIS AD ×