berita

Ini Sebabnya Kenapa Korang Kena Pilih Melbourne Sebagai Destinasi Percutian Korang!

December 8th, 2017 | by Bieha
Kini Trending

Sebut pasal Australia, mesti dalam kepala korang dah terbayang kanggaru tengah melompat, kecomelan koala bear yang asyik tidur je dan penguin yang terkedek-kedek berjalan kan?

Dalam banyak-banyak kotaraya di Australia, Melbourne adalah tempat yang paling famous dan selalu menjadi pilihan pelancong, tak kiralah untuk honeymoon, bercuti dengan keluarga ataupun backpacking. 

Haa..berita baik untuk korang, kini dengan AirAsia X, semua orang boleh terbang ke Melbourne dengan penerbangan 14x seminggu, dari RM549!! Gempak kan? Jom kami bagitahu korang apa yang best dekat Melbourne. Boleh buat rujukan bila kat sana nanti!

Melbourne, World’s Most Livable City 7 tahun berturut-turut!

Kota yang cantik, udara yang bersih dan kualiti hidup yang baik, memang destinasi ideal sangat untuk korang semua. No wonderlah Melbourne dinobatkan sebagai The World’s Most Livable City selama 7 tahun berturut-turut. Wow!

Haa..untuk korang yang sukakan alam semulajadi tu, korang wajib berkunjung ke Grampians National Park dan menikmati keindahan gunung, air terjun dan panorama yang memang menakjubkan!

Untuk yang sukakan bunga, korang boleh datang sekitar bulan Ogos dan Oktober untuk melihat bunga-bunga unik dan berwarna-warni. Memang cantik sangat! Oh ya..di sini juga, akan ada haiwan-haiwan asli Australia seperti kanggaru, koala, emu, helang dan banyak lagi! Bolehlah selfie dengan haiwan ni semua!

Tengok ikan paus, penguin secara live!

Selalu kita tengok ikan paus, anjing laut dan ikan lumba-lumba dalam televisyen je kan? Di Port Fairy, korang boleh saksikan haiwan ni semua secara live tau! Port Fairy juga adalah tempat nelayan menurunkan hasil tangkapan diorang seperti udang karang dan abalone. Memang fresh!

Orang kata, kalau dah sampai Melbourne, tak sah kalau tak bergambar kat Bathing Box Brighton Beach ni. Bukan saja unik dengan rumah-rumah kecil yang colourful, tapi juga lokasinya yang bersebelahan dengan pantai memang jadi port wajib untuk pelancong datang. 

Kalau korang nak tahu, Bathing Box ni ni sebenarnya tempat salin baju untuk orang yang mandi manda kat pantai Brighton ni je. Comel kan?

Kalau nak tengok penguin pula, bolehlah ke Philip Island. Hanya terletak kira-kira 11km dari pusat bandar, kat sini juga, korang akan belajar tentang penguin dan menikmati kecantikan pantai Philip Island. Mesti comel tengok sekumpulan penguin terkedek-kedek kan!

Jangan risau tentang makanan halal!

Terdapat lebih 100 restoran makanan halal di Melbourne! Google atau Waze saja, mesti jumpa! Jangan terkejut tau, restoran Malaysia dan Indonesia pun banyak kat sana. Takdelah korang rindu sangat nak makan nasi kan.

Haa..kalau korang teringin nak rasa makanan ringan dan snek, Thornbury Food Truck Park lah jawapannya! Kat sini, ada pelbagai jenis street food yang korang kena cuba. Bila lagi nak rasa suasana makan berbumbungkan langit dan bintang di Melbourne kan. Hehe..

Lepas dah penat shopping tu, apa kata chill dulu di Luxbite Coffee Shop dan cuba sendiri keenakan kopi dan dessert diorang. Memang unik dan cantik betul kek diorang ni. Sayang nak makan!

Untuk penggemar pastri pulak, korang wajib singgah Lune Croissants di Rose St Artist Market dan rasai signature food diorang iaitu croissant. Memang wow!

Melbourne, kaya dengan seni jalanan..

Melbourne dan seni memang cukup sinonim, lebih-lebih lagi dengan street art di sekitar bandar. Bukan itu saja, Melbourne juga dipenuhi dengan pelbagai butik, kedai antik dan kedai kraftangan.

Bagi yang meminati seni, korang wajib melawat NGV Triennial Exhibition yang akan diadakan pada 15 Dec 2017 hingga 15 April 2018 ini.  NGV Triennial Exhibition ni akan menampilkan pelbagai karya seni dan rekaan dari lebih daripada 100 artis dan pereka fesyen ternama.

Di sini juga, korang akan melihat pameran ekslusif seni bina, animasi, persembahan, filem, lukisan, reka bentuk fesyen, permaidani serta patung merentasi budaya dan perspektif dari 32 buah negara! 

Yang penting, masuk PERCUMA! Klik link ni kalau korang nak tahu lebih lanjut www.ngv.vic.gov.au ataupun tengok video ni!

Kini, semua orang boleh terbang ke Melbourne!

Tak teringin ke nak pergi Melbourne? Cuti sekolah pun dah mula ni. Bagi yang tengah merancang nak bawak family pergi holiday tu, Melbourne memang pilihan yang tepat! Kami gerenti korang takkan menyesal sebab dengan AirAsia X, trip korang mesti berbaloi!

Apa tunggu lagi guys, jom grab promo yang AirAsia X tawarkan ni. Lambat nanti habis orang lain sapu!

Tempoh Penerbangan: 11 Disember 2017 – 30 Jun 2018

Tempoh Tempahan – Kini hingga  17 Disember 2017

Dengan hanya RM549, korang dah boleh terbang ke Melbourne dan gembirakan yang tersayang. Siapa taknak kan? Untuk maklumat lanjut, klik www.airasia.com

The following two tabs change content below.

Most Read Today