Sejak dua menjak ni, kami lihat Aidil Zafuan semakin bahagia dengan isterinya. Siapa lagi kalau bukan Zarema zainal kan? Kalau tengok akaun Instagram, terserlah segalanya.
Iyalah, kejap-kejap muat naik foto masakan istimewa untuk Aidil, foto mesra lagi sweet tak payah ceritalah. Lagi banyak! Dah namanyapun suami isteri. Betul tak?
Namun, kiriman emel dari seorang pembaca menarik perhatian kami. Dengar cerita Aidil mengamuk sakan. Siap gelar pengikut instagram biadap lagi uols.
Okay! Ceritanya begini, buah hati pengarang jantung Aidil, Zarema Zainal ada memuat naik foto mesra bersama Aidil beberapa hari lalu. Namun, foto tersebut mengundang rasa tak puas hati pengikut Instagramnya.
Peminat tersebut telah menggelar Zarema sebagai perampas suami orang dan memuji kejelitaan bekas isteri Aidil iaitu aktres jelita, Rita Rudaini.
Haa, mungkin berang si isteri dituduh begitu, Aidil pun terus memberikan komen padu untuk mempertahankan isterinya. Iyalah, siapa tak sayang bini oii. Hehe.
Pada kami, peminat pun tak perlulah membeza-bezakan Rita dan Zarema kan? Apa yang berlaku antara Aidil dan bekas isterinya tak siapa pun tahu melainkan mereka berdua.
Kami tengok, kedua-duanya pun dah ada life sendiri sekarang. Rita pun dah bahagia dengan anak-anak, siap rezeki mencurah-curah lagi.
Namun, yang hak tetap hak, korang pun tahu apa maksud kami kan? Hehe. Tak boleh terus terang sangat! Saja bagi korang berfikir. Apapun, kami suka lihat kebahagiaan Zarema dan Aidil, Rita dan anak-anaknya.