berita

Isteri & Kandungan Dikutuk, Awal Ashaari Marah Follower Instagram

June 16th, 2014 | by Noraniza
Isu & Kontroversi

Screen Shot 2014-06-16 at 11.27.31 AM

Kalau diteliti betul-betul, bukan semua follower Instagram seseorang selebriti itu merupakan peminat mereka. Kebanyakan mereka sebenarnya merupakan haters. Betul tak?

Jadi tak hairanlah jika komen-komen yang diberikan berunsur sinis dan pedas. Namun, komen seorang follower Awal Ashaari dikira agak keterlaluan apabila ianya melibatkan isterinya, Scha Alyahya dan anak dalam kandungannya.

Sebagai seorang suami dan bakal bergelar ayah tidak lama lagi, sudah tentu Awal akan marah apabila isterinya dikatakan mengada dan anak dalam kandungan itu sundal. Melampau tau!

Screen Shot 2014-06-16 at 11.02.54 AM

Komen kurang bernas daripada follower Instagram Awal Ashaari

Sebagai respon kepada kutukan itu, Awal Ashaari telah berkongsi wajah wanita yang menggunakan nama @_sawawa di laman Instagramnya. Jelas, ramai peminat yang menyokong tindakan Awal dan turut mengkritik wanita tersebut.

Iyalahkan, kadang-kadang haters ini perlu juga diajar cara untuk menghormati orang lain. Jangan cakap main sedap mulut sahaja.  Ingat selebriti tiada perasaan ke?

Screen Shot 2014-06-16 at 11.02.38 AM

Serang balas daripada Awal Ashaari

Apapun, kami doakan agar Scha dan kandungannya sentiasa sihat. Tak sabar pula nak lihat wajah bayi mereka. Mesti comel kan?

P/S: Kalau tak suka kenapa nak kena follow?

 

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×