berita

Isteri Kedua Ashraf Muslim Sah Hamil

September 17th, 2013 | by Ai
Isu & Kontroversi

ashraf sakinah

Mungkin ada yang sudah tahu dan mungkin ada yang baru tahu. Maklumlah semuanya sibuk bercuti sempena Hari Malaysia.

Namun selepas menyiarkan sebuah foto yang diambil dari sebuah forum hiburan tempatan pada minggu lepas, semalam melalui Sinar Harian, sebuah akhbar tempatan telah melaporkan bahawa isteri pelakon, Ashraf Muslim disahkan hamil.

Melalui laporan yang sama, Wan Sakinah telah disahkan hamil 6 minggu dan dia dikhabarkan mengalami alahan yang teruk termasuk muntah, sakit kepala dan hilang selera makan.

Ini sekaligus menjawab pelbagai spekulasi sekeping foto memaparkan ubat asid folik yang dipercayai telah diambil dari akaun Instagram isteri kedua Ashraf, Wan Sakinah.

e129c410191811e3899b22000aeb1bb6_7

Gambar ubat yang dimaksudkan

Artikel serta foto diatas yang telah disiarkan pada 10 September lepas telah menerima banyak ucapan tahniah keatas Ashraf Muslim walaupun masih belum disahkan lagi mengenai status kehamilan Wan Sakinah.

Untuk pengetahuan, Ashraf dan Sakinah telah melangsungkan majlis pernikahan mereka pada 7 Julai lepas.

SKIP THIS AD ×