berita

Isu Iklan Qu Puteh Di #AJL29: Debat Dato Seri Vida & Chef Wan Berpanjangan

January 22nd, 2015 | by Noraniza
Isu & Kontroversi

dato seri vida1

Fuh. Walaupun dah empat hari berlalu, kes Dato Seri Vida dengan iklan Qu Puteh yang menjengkelkan hati Chef Wan masih lagi bermain di akhbar.

Artikel Berkaitan :

Tapi, korang percaya tak bahawa ‘perdebatan’ mereka berdua ni sebenarnya masih belum berkesudahan. Nak tahu apa yang mereka berdua hujahkan? Ha.. bacalah sendiri.

Kata Dato Seri Vida…

Screen Shot 2015-01-21 at 10.29.16 PM

“Saya hanya berjuang untuk hak saya dan bukan mudah untuk sampai ke peringkat ini. elepas anugerah itu berlangsung, saya terkejut apabila ramai yang melemparkan tohmahan terutama di laman sosial termasuk Chef Wan yang menutup televisyen kerana iklan saya.

Apa yang disampaikan dia (Chef Wan) tidak benar kerana iklan saya muncul hanya setiap 15 minit saja. Orang yang berjaya memberi motivasi, inspirasi, dan membantu antara satu sama lain ke arah kejayaan.

Bagaimanapun, orang yang tidak berjaya, mereka benci, menyalahkan orang lain dan sentiasa mengadu.”

Kata Chef Wan…

Screen Shot 2015-01-21 at 10.30.33 PM

“Bukan mahu menjatuhkan atau membuat provokasi tetapi sebagai penonton saya berhak menyuarakan pandangan saya apabila paparan iklan berkenaan menjengkelkan.

Saya juga memberi pandangan berdasarkan pengalaman apabila pernah dicemuh dan dimarah penonton apabila terpaksa menyebut produk tajaan sebuah program saya secara berulang.

Tidak ada faedah kita sesama manusia untuk membuat provokasi dan sebagainya kerana ia hanya mendatangkan dosa.”

Kata OHBULAN!…

http___makeagif.com__media_4-26-2014_Od3gva

Tidak menyebelahi mana-mana pihak, kami rasa ini hanya sekadar isu kecil sahaja. Malah, Anugerah Juara Lagu 29 (AJL 29) sudah pun berlangsung dengan jayanya.

Promosi Dato Seri Vida berjaya dan ‘luahan hati’ Chef Wan pun ‘sampai’ kepada penonton. Rasanya rakyat Malaysia dah cukup bijak untuk berfikir bahawa ini semua sekadar hiburan semata-mata kan? Dont take it seriously!

Sumber : Harian Metro

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×