berita

Isu LGBT: Dr. Maza Minta Golongan LGBT Check Alat Sulit Sebelum Masuk Tandas

August 13th, 2018 | by Wan
Isu & Kontroversi

Isu LGBT masih lagi menjadi topik perbualan netizen di media sosial hari ini. Kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa sebelum ini mengundang kekeliruan terhadap kes ini.

Terbaru, Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri meminta golongan LGBT memeriksa alat sulit mereka terlebih dahulu sebelum memasuki tandas.

Ramai betul yang bertanya saya soalan mengenai tandas mana LGBT patut masuk? Entah mengapa tiba-tiba soalan seperti ini pun boleh muncul? Nampaknya, kekeliruan gender membawa kepada kekeliruan tandas.

Saya ingin mencadangkan jika kekeliruan ini terjadi kepada mana-mana individu, disyorkan dia berjumpa pakar untuk memeriksa dirinya semasa dia membuang air kecil di saluran mana air itu keluar. Jika ia keluar melalui alat sulit lelaki, silalah ke tandas lelaki. Jika keluar melalui alat sulit wanita, sila ke tandas wanita.

Jika tidak keluar langsung, ataupun keluar tidak melalui alat sulit lelaki ataupun wanita, silalah ke hospital. Jika doktor kata anda cacat, bolehlah ke tandas orang kurang upaya (OKU).

Jika tiada kemampuan menemui pakar, rasanya diri sendiri pun boleh memeriksa alat kemaluan sendiri.

Isu ini mula menjadi perdebatan ramai apabila potret beberapa aktivis LGBT dipamerkan di satu pameran yang berlangsung di Pulau Pinang baru-baru ini. Pada masa sama, mereka meminta masyarakat tidak lagi mendiskriminasi.

Sumber: DrMaza.com

SKIP THIS AD ×