berita

Isu Skandal Isteri Orang : Adi Putra Enggan Komen, Minta Semua Pihak Hormati Nisfu Syaaban & Bulan Ramadhan

June 18th, 2014 | by Ai
Isu & Kontroversi

Adi-Putra-31-630x417

Jeng jeng jeng! Pelik ke tengok tajuk OHBULAN! kali ni? Jangan panik, ini adalah follow up story mengenai kes Adi Putra dikatakan mempunyai skandal dengan wanita bernama Nooraida.

Jika anda masih ingat, semalam kami ada memaparkan semula kisah bekas suami kepada wanita tersebut yang kononnya akan membuka semula siasatan terhadap Adi Putra.

Artikel Berkaitan:Isu Skandal Adi Putra : Pegawai Penyiasat Dikenakan Tindakan, Kes Mungkin Dibuka Semula

Dek kerana itu, pihak kami telah cuba mendapatkan komen daripada Adi Putra sendiri mengenai isu tersebut.

Teater Di Bawah Lindungan Kaabah-128

Menurut Adi Putra dia enggan memberikan sebarang komen mengenai isu tersebut dan meminta semua pihak menghormati Nisfu Syaaban dan bulan Ramadhan yang bakal menjelang.

Saya tengah driving dan ada urusan sedikit yang perlu dibuat. Beginilah, saya minta semua pihak menghormati Nisfu Syaaban dan Ramadhan yang bakal tiba.

Kita sebagai umat Islam, lebih baik menghormati waktu-waktu begini supaya kita semua diberkati dan dirahmati olehNya selalu.

Haa, inilah jawapan Adi Putra. Walaupun tak ada kena mengena dengan isu dan kontroversi tersebut, kita ambil jelah mana yang baik untuk dijadikan peringatan.

Tapi, kalau difikirkan kembali, adakah nasihat tersebut diberikan secara #halusss kepada pihak yang satu lagi? Pandai-pandailah kita menilai ye!

Apapun, kami harap kontroversi tersebut dapat diselesaikan segera dan semoga perjalanan karier Adi Putra akan terus sukses. InsyaAllah.

SKIP THIS AD ×