berita

Izara Aishah Hiasi Muka Depan Cosmopolitan

October 2nd, 2012 | by Ai
Kini Trending

Wah, nampaknya nama pelakon kecil molek Izara Aishah semakin meningkat naik ketika ini. Terbaru, wajahnya yang  cantik telah dipilih untuk menghisi muka hadapan majalah Cosmopolitan untuk edisi bulan Oktober 2012.

Menerusi foto tersebut, Izara kelihatan sungguh anggun dengan padanan gaun rona unggu lembut dan dihiasi dengan corak jalur melintang yang menyerlahkan lagi kelangsingan tubuh badan gadis ini.

Tambahan aksesori gelang tangan rona emas dan subang putih menonjolkan lagi aura elegan dan pesona Izara.

Untuk edisi bulan Oktober, pelakon ini akan berkongsi cerita berkaitan dirinya “Dancing with success.”

Untuk mengetahui lebih lanjut apakah cerita yang ingin Izara kongsikan bersama pembaca Cosmopolitan, jangan ketinggalan untuk dapatkan majalah ini di pasaran sekarang!

Untuk makluman, minggu lalu Izara baru sahaja menjalani penggambaran filem “Balun” di Batu Kurau, Perak. Filem tersebut turut dibarisi oleh pelakon-pelakon terkenal seperti Beto Kusyairy, Reen Rahim dan juga Dato’ Eizlan Yusof.

SKIP THIS AD ×