berita

Izara Aishah Mohon Maaf Isu Video Seksi

October 3rd, 2012 | by Ai
Isu & Kontroversi

Berhubung dengan video yang dipaparkan di laman Youtube tentang tarian ghairah (Tango) oleh Izara Aishah, video itu sebenarnya adalah rakaman oleh salah seorang pelajar dari Sunway Kolej, yang juga adalah tempat Izara melanjutkan pelajarannya.

Persembahan tarian tersebut merupakan projek semester akhir bagi pengajian Performing Arts dan Media tahun 2009 sewaktu Izara Aishah menuntut di Sunway Kolej. Ia tidak sepatutnya di paparkan kepada orang ramai kerana ia adalah salah satu subjek pengajian yang diambil pemarkahan oleh pensyarah.

“Secara jujurnya Izara tidak sangka video ini akan keluar di Youtube. Tarian itu adalah ujian peperiksaan untuk projek semester akhir Izara dan bukannya untuk bersuka ria.”

“Pemakaian pada waktu itu, lebih terperinci adalah kostum yang disediakan dan hanya dipakai untuk persembahan itu sahaja dan bukan harian,” tambah Izara lagi.

Izara yang kini sedang menjalani penggambaran untuk filem ‘Balun’ memohon maaf pada peminat dan berharap mereka memahami situasi Izara yang pada waktu itu sedang menjalankan projek semester akhir pengajiannya.

“Secara peribadi, Izara memohon maaf kepada semua jika video ini menimbulkan rasa tidak selesa kepada penonton dan berhenti tonton video berkenaan. Izara harap semua faham situasi Izara pada waktu itu.”

Jadi, Izara sudah menjelaskan tentang situasi yang berlaku. Video berkenaan hanyalah untuk pengajiannya dan bukanlah persembahan yang sengaja dipersembahkan untuk tontonan umum.

Kredit Gambar : Maestro Ridwan

SKIP THIS AD ×