berita

Izzue Islam Rahsiakan Perkahwinan Kedua?

August 22nd, 2013 | by Ai
Kini Trending

Izzue-Islam-Nikah-2-Jun-ini-ROTIKAYA

Mesti anda terkejut baca tajuk di atas kan? Adakah kisah poligami yang berlaku di kalangan selebriti sebelum ini telah mendorong Izzue untuk menambah bilangan isteri?

Sabar dulu, harapnya peminat-peminat Izzue tidak melatah kerana penyanyi dan pelakon ini cuma berkahwin dua di dalam teater sahaja.

Untuk pengetahuan anda, Izzue bakal berlakon teater buat pertama kalinya di dalam sebuah pementasan berjudul Maduku…Kalut pada 27 hingga 30 September 2013 di Istana Budaya.

Selain daripada Izzue, pementasan itu turut dibintangi oleh pelakon teater dan drama, Nad Zainal di samping Jihan Muse dan Karl Shafek sebagai teraju utamanya.

Di bawah arahan Azhar Zainal, Maduku…Kalut mengisahkan tentang seorang pemandu teksi bernama Selamat (Izzue Islam) yang merahsiakan hidup berpoligami daripada pengetahuan kedua-dua isterinya.

1005227_10200783699049921_1071888634_n

Kekalutan demi kekalutan terus berlaku hingga menyebabkan Selamat tersepit dengan penipuannya sendiri.

Mampukah Selamat menyelamatkan rumahtangganya? Bagi yang ingin mengetahui apakah nasib Selamat selepas rahsianya terbongkar, anda boleh mendapatkan pas masuk di kaunter tiket Box Office Istana Budaya sementara masih ada.

Tiket-tiket yang dijual bermula dari RM35, RM55, RM85 dan RM155 untuk harga platinum yang membolehkan anda menemui barisan pelakon dalam sesi ramah mesra dan makan bersama mereka.

Menarik kan? Jadi, cepat dapatkan tiket anda sebelum ianya habis terjual. Tiket juga boleh didapati di airasiaredtix.com

SKIP THIS AD ×