berita

Jaclyn Victor Umum Mahu Berkahwin, Terpaksa Simpan Rahsia Demi Hormati Peristiwa #MH370

March 31st, 2014 | by Ai
Isu & Kontroversi

jac

Dalam diam rupanya penyanyi bersuara lantang, Jaclyn Victor atau lebih mesra disapa Jac mengumumkan akan menamatkan zaman bujangnya di laman Instagram sebentar tadi.

Menerusi sekeping foto figura sepasang pengantin, Jac memohon maaf kerana membuat pengumuman gembira tersebut sewaktu dunia masih lagi bersedih dengan peristiwa MH370.

Difahamkan, keputusan Jac untuk berkahwin sudah dibuat sejak awal bulan Mac lalu namun terpaksa memberi laluan kepada insiden berkenaan.

Screen Shot 2014-03-31 at 12.26.21

“I AM GETTING MAR. . . . Hello semua. This morning I have some good news to share with you. A little secret yang terpaksa kusimpan sejak awal bulan haritu, bagi menghormati semua yang terlibat dalam penerbangan MH370. So firstly, I apologise for making this announcement at this difficult time. I pray for everyone on board the flight. Marilah kita semua sama sama berdoa supaya family dan kawan kawan semua yang berada didalam flight MH 370 tabah menghadapi dugaan ini. May they find peace within them. Secondly, Ok here goes… I AM GETTING MARRIED, finally!! That’s what I wanted to share and that’s my little secret! Finally after bertahun tahun soalan “Bila nak kahwin” tu ditujukan kepada saya akhirnya dah boleh jawab. Yaayyyy. I am going to pray for you. I hope that you will all pray for me too. Thank you Have a beautiful day :)”

Kebanyakan peminat melahirkan rasa teruja dan mengucapkan tahniah kepada Jac namun tertanya-tanya siapakah lelaki bertuah yang bakal menjadi suaminya. Kalau anda masih ingat, Jac pernah mengikat tali pertunangan dengan seorang jejaka mat salleh bernama Chris Bellamy.

Namun begitu, hubungan cinta yang terjalin selama 10 tahun itu tidak dapat diteruskan dan kedua-duanya memutuskan pertunangan sekitar tahun lepas. Apapun, tahniah diucapkan kepada Jac kerana bakal bergelar isteri tak lama lagi.

SKIP THIS AD ×