berita

“Jaga Lembu Sekandang Lagi Senang” – Perkongsian 2 Pasangan Ini Bukti Didik Anak Bukan Mudah.

November 29th, 2017 | by Bieha | 0 comments
35.8K
reads
2.3K
shares
Kini Trending

Susah ke ada anak kecil ni? Sesiapa yang bergelar parents mesti pernah rasa dan faham struggle untuk membesarkan anak-anak. Bukan sikit ye cabaran dia! Nak-nak kalau anak kecik yang tengah membesar. Fuhh..memang kena kental!

Setiap parents, mesti ada pengalaman masing-masing kan? Tapi setuju tak kalau kami cakap, semua tu kenangan yang boleh dibawa sampai ke tua. Yelah, nanti, bila anak-anak dah besar, mesti rindu telatah diorang masa kecik.

Kami ada tanya dua pasangan ibu bapa ni macam mana diorang didik anak untuk menjadi confident dan dalam masa yang sama, sentiasa bonding dengan anak-anak diorang.  Korang pun ada pengalaman yang sama tak?

 “Biar je diorang explore, yang penting kita pantau” -Faraliza

Puan Faraliza, ibu kepada dua orang anak berumur 6 dan 4 tahun ni mengakui, memang penat bila anak-anak tengah membesar ni.

“Pantang tinggal, ada je benda yang diorang buat. Tapi saya percaya, semua tu adalah proses untuk diorang mengenal dan mencuba perkara baru. Normal lah bila anak kecil ni ada sikap ingin tahu yang sangat tinggi, barulah diorang boleh berfikir dengan kreatif dan out of the box. Bila diorang explore benda baru, slowly akan develop sikap berani dan berdikari dalam diri. 

Tapi yang paling penting…

“Dalam biar-biar tu, kita sebagai parents kenalah selalu pantau dan perhatikan tingkah laku diorang. Jangan leka. Karang, lain jadinya! Sebab tu ada pepatah, “Jaga lembu sekandang lagi senang dari jaga anak seorang”.

“Lagi bagus, kalau kita buat aktiviti bersama-sama. Macam saya, bila ada aktiviti zumba atau berbasikal, saya akan bawak sekali anak-anak. Biar diorang join. Seminggu sekali, saya dan suami wajib bawak diorang buat aktiviti luar macam pergi tasik, taman burung, zoo dan lain-lain. Bukan saja diorang enjoy dan seronok, kita pun boleh bonding dan rapat dengan anak-anak”. 

 “Layan anak macam bff, parents bagai cermin anak-anak” – Nurul

Layan anak macam bff (bestfriend forever)? Apa pulak kata dan cara Puan Nurul dalam meningkatkan keyakinan dan untuk sentiasa rapat dengan anak-anak.

“Saya selalu takut bila fikir satu hari nanti kalau anak saya dah remaja dan tak selesa untuk kongsi masalah serta berahsia dengan saya. Like, I’m their mother and I’m always here for them.”
Boleh layan macam bff, tapi…
“Sebab tu, saya layan diorang macam bff dengan selalu dengar apa saja yang mereka nak cakap. Lepas tu, barulah nasihat. Dengan cara ni, diorang akan lebih hormat, open untuk berkongsi dan yakin untuk buat keputusan.”
“Lagi satu, saya sangat percaya yang anak-anak ni akan tiru apa yang parents buat. So, we have to be extra careful. Kena jaga cara bercakap, cara kawal emosi dan tingkah laku, sebab budak-budak ni macam span. Apa yang diorang tengok, itulah yang diorang akan tiru. Kalau baik ibu bapa, baiklah anak-anaknya”.

Tahu tak selain daripada interaksi dengan anda, apa lagi yang sebenarnya anak korang perlukan?

Rangsangan positif daripada ibu bapa berserta nutrisi yang baik adalah sangat penting dalam perhubungan sel-sel otak anak. Lebih banyak sel-sel otak yang berhubung, lebih cepat anak korang belajar dan berkembang dari segi mental, emosi dan sosial.

Hubungan sel-sel otak tu juga adalah tanda anak korang sedang belajar dan berkembang. Sebab tulah, penting untuk merangsangkan hubungan sel-sel otak diorang supaya dapat membantu daya ingatan dan senang untuk terima apa yang diorang belajar.

DHA dan Gangliosida (GA) kombinasi nutrien penting untuk otak si manja!

Anmum Essential kini dengan Mind-Q Connect, ada DHA dan 2X lebih GA! Kombinasi nutrien ini adalah penting untuk perkembangan otak si manja. DHA membantu menyokong perkembangan otak si manja dan Gangliosida membantu dalam pembentukan hubungan sel-sel otak.

Yang lagi bagus, Anmum Essential juga takde gula tambahan.

So, kepada ibu bapa dekat luar sana, bagilah rangsangan yang positif kepada anak anda dan nutrisi yang baik untuk membantu tumbesaran dan proses pembelajaran anak korang. Cubalah Anmum Essential sekarang!

Untuk tahu lebih lanjut, klik www.anmum.com.my

Most read today

Recommended for you