berita

Jam Rolex RM40k Sempena Hari Lahir Anak Kembar Eina Azman

February 19th, 2018 | by Shafika
Isu & Kontroversi

Datin Eina Azman sudah lama tidak aktif dalam dunia seni Tanah air selepas berkahwin dan dikurniakan sepasang anak kembar. Namun, Datin Eina masih aktif berkongsi aktiviti hariannya melalui akaun Instagram miliknya. Malah, anak kembarnya juga turut mempunyai akaun Instagram peribadinya sendiri.

Baru-baru ini, Datin Eina telah bercuti ke Pulau Pinang bagi menyambut hari kelahiran anak kembarnya.

‘Rolex bernilai hampir 40k sempena hari lahir anak kembar’

Malam tadi, hari lahir anak kembarnya diraikan di sebuah restoran dengan dihadiri oleh saudara terdekat mereka. Melalui apa yang dimuatnaik melalui Instagram Datin Eina, anak kembarnya menerima seutas gelang emas dan juga sepasang jam tangan berjenama Rolex yang hampir mencecah RM40k.

Wow, mewah betul hadiah hari lahir buat anak kembar ni. Bukan senang nak dapat hadiah mahal macam ni lagi-lagi dalam usia yang masih kecil. Setiap ibu bapa mestilah nak yang terbaik untuk anak mereka. Jadi pada pandangan admin, kalau mampu tak salah rasanya sekali-sekala berbelanja mewah untuk anak-anak.

Credit: Eina Azman

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×