berita

Jangan Cuba-Cuba Nak Dekat Anak Aeril Zafrel, Ini Amaran ‘Keras’ Buat Pengikut IG

June 23rd, 2018 | by faris
Kini Trending

Buat mereka yang mengikuti Aeril Zafrel di laman sosial sudah tentunya tahu kelakarnya suami kepada Wawa Zainal ini. Ada-ada sahaja isu yang ingin dibahannya menerusi post Instagram dan Twitter.

Dalam satu gambar anak perempuannya, Hayla Maghrfirahtul Adzkiya di Instagram, seorang remaja meninggalkan komen berbentuk pickupline sekaligus mendapat perhatian pelakon itu.

Tak nampak hantu tapi…

Sekeping foto Hayla yang sedang ‘melihat hantu’ mengundang komen seorang remaja dengan beraninya memberi pickupline. Komen itu kemudiannya dilike sebanyak 216 orang pengikut Aeril.

Ini respon ayah Hayla

Komen individu berkenaan dibalas Aeril dengan menyebut Instagram rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan melabel remaja berkenaan sebagai belum bersunat namun sudah memikirkan soal kahwin.

Saya dah sunat..

Tidak berputus asa, remaja berkenaan mengaku sudah bersunat dan bertanya adakah Aeril yang dipanggil ayah ke profilnya untuk stalk dirinya.

Netizen terhibur

Sumber: Aeril Zafrel 

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×