berita

‘Jangan Jadi Seperti Firaun, Qorun & Syadad Yang Dibinasakan’- Tunjuk Kemewahan, Ustaz Ahmad Husam Nasihat Aliff Syukri

January 9th, 2018 | by aizam | 0 comments
Isu & Kontroversi

Sejak kebelakangan ini, jutawan kosmetik, Datuk Seri Aliff sering kali didakwa suka menunjuk-nunjuk aset dan kemewahan yang dimilikinya di media sosial. Daripada insiden menunjuk selipar LV pasarnya sehinggalah mengira duit ratusan ribu di atas meja rumahnya. Namun, katanya ia sengaja ditunjukkan sebagai salah satu taktik atau strategi pemasaran perniagaannya.

Lantaran itu, penceramah terkenal, Ustaz Ahmad Husam Dato Baderudin telah memuat naik satu nasihat atau perkongsian di Facebook yang ditujukan khas kepada Datuk Aliff. Menurut perkongsian Ustaz Ahmad, sikap Aliff itu dikhuatiri akan menimbulkan perasaan takbur dan riak.

Nasihat Ustaz Ahmad

Video kira duit dikecam

Baru-baru ini, Aliff ada memuat naik satu video di Instagram dimana dia dan beberapa pekerjanya sedang mengira duit yang dikatakan berjumlah ratusan ribu ringgit. Lantaran itu, Aliff telah dikecam oleh netizen kerana menganggap tindakannya itu agak melampau. Ada juga yang mempertikaikan jika dia sememangnya kaya mengapa Aliff tidak menggunakan mesin kira duit sebaliknya mengiranya sendiri.

Semoga nasihat Ustaz Ahmad ini menjadi pedoman bukan sahaja kepada Datuk Aliff bahkan kepada kita semua. Semoga kita dijauhkan dengan perasaan takbur dan riak.

Sumber: Ustaz Ahmad Husam, Datuk Seri Aliff Syukri

Most Read Today