berita

‘Jangan Marah Dah’ – Dikecam Menipu Demi Publisiti Klip Video, Ini Penjelasan Nabila Razali

December 6th, 2017 | by Arini Saleh
Isu & Kontroversi

Sebelum ini kisah ‘percintaan’ diantara penyanyi Nabila Razali dan pelakon Aedy Ashraf menjadi bualan ramai apabila mereka dikatakan sangat rapat. Kontroversi ini menjadi lebih hangat apabila Nabila memuatnaik video menangis kesedihan akibat putus cinta. Ramai yang membuat andaian video tersebut ditujukan kepada Aedy Ashraf.

Namun, tidak lama selepas itu, Nabila menjelaskan ‘kisah percintaan’nya bersama Aedy hanyalah marketing strategi, mereka berdua hanya bercinta di dalam klip video Pematah Hati. Netizen tidak berpuas hati dan menganggap Nabila seorang penipu. Menerusi mStar Online, Nabila menjelaskan perkara sebenar.

Nabila Razali minta maaf

Menerusi satu temubual ekslusif mStar Online bersama Nabila Razali, Nabila memberitahu beliau sangat terharu dengan sokongan yang diterima dari peminat. Untuk mendapat 2.1juta penonton dalam masa 5 hari bukanlah sesuatu yang mudah, malah video tersebut juga trending di Youtube.

Nabila juga mengakui ramai yang mempersoal, mengkritik dan menganggap Nabila seorang penipu. Menurut Nabila lagi dia meminta maaf jika netizen merasakan tertipu dengan gosip percintaannya sebelum ini.

Nabila menjelaskan dia tidaklah menipu kerana dia tidak pernah mengeluarkan apa-apa kenyataan mengenai gosip bercinta.

Apabila ditanya apakah penerimaan Nabila apabila dikecam bertubi-tubi, Nabila menganggap itu sebahagian daripada kerja. Sebelum ini pun Nabila tidak pernah menunjukkan perkara peribadi di laman sosial.

Mengenai gambar yang bersandar di bahu Aedy, Nabila menjelaskan gambar tersebut ‘overlay’, nampak seolah-olah saya bersandar tetapi sebenarnya tidak. Malah, Nabila sudah menjelaskan kepada ahli keluarga mengenai perancangan untuk mempromosikan klip video tersebut.

Akhir sekali, Nabila sekali lagi meminta maaf jika netizen terasa ditipu.

sumber : mStar Online

 

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×