berita

Jangan Nak Rendahkan Orang Lain – Gadis Kongsi Pengalaman Diperlekeh Kerana Bekerja Di Restoran

May 22nd, 2017 | by Hanis Aliaa | 5 comments
51.2K
reads
8.7K
shares
Kini Trending

Taraf hidup di Malaysia boleh dikatakan tinggi. Jadi tak hairan pon bila ramai student pilih untuk buat kerja part-time. Ada yang buat waktu cuti semester, malah ada juga buat sewaktu sesi pengajian. Maklumlah, nak cari duit lebih. Tapi ada segelintir masyarakat yang pandang rendah kepada mereka ni dan menganggap mereka tiada pendidikan.

Begitu jugalah yang berlaku kepada seorang pelajar dari sebuah universiti terkemuka Malaysia. Di mana dia rasa terhina oleh sebuah keluarga yang baginya mempunyai mentaliti kelas ketiga. Korang bacalah sendiri. Admin pun sakit hati baca.

“Membantutkan kemajuan Malaysia.”

“Cakap Melayu, takut dia tak faham”

“Ayah akan kerja, so awak takkan kerja part-time”

Punca orang memilih kerja.

Admin setuju. Pemikiran begini yang buatkan ramai graduan menganggur. Sanggup tak buat apa-apa daripada kerja biasa-biasa demi nak jaga standard. Kadang-kadang tak semua pelajar lahir dalam keluarga yang senang tau. At least diorang usaha untuk dapatkan duit lebih dan tak susahkan keluarga.

Kredit : @naddyM

5 Comments

  1. sor says:

    Kawan komentor tu attitude kelas pertama (berdikari, buat kerja halal, tak memilih kerja). Yang bapak tu pemikiran dgn sikap kelas ketiga. semoga anak2 pak cik tu boleh berfikir sendiri pastu dia ikut ajaran dan sikap ayah dia bulat2 bila besar nanti. Ajaran mak bapak yang lingkup, anak2 binasa, masyarakat hancur.

  2. jay says:

    biasa la tu. Aku dulu lepas spm terus keje part time. lepas asasi pon keje part time, lepas degree sementara mencari kerja tetap pon aku keje sementara. Bukan susah tapi bosan duduk rumah, baik cari duit tambahan. Pemikiran org ni kita tak boleh nak tukar especially yg cetek mcm ni. Kau relax je. Aku SPM 8A, asasi & degree first class. kau aim nak jadi apa dlm hidup and strive for it. Org pemikiran kelas ke tiga ni xpayah layan. P/S : lagi satu, bila kau dah keje sementara ni, bagus. sebab at least kau dah ada pengalaman dlm dunia berkerja secara general, kau dah keluar dari kepompong selesa kau.

  3. Unknown says:

    Kesian la orang yang suka menghina orang lain ni, dia tu sakit otak agaknye …..Gerammmmmmmmm

  4. sukasukiku says:

    esok sampai mampos la dia kena kerja nak sara anak. semata mata xmo anak kerja part time takut Nampak low class

  5. eja says:

    Anak donald trump pun buat part time kt mc d time belajar.. mentaliti kelas ketiga..